Pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk ujian saringan Covid-19
Pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk ujian saringan Covid-19
Pelepasan cukai sehingga RM1,000 kepada individu yang melakukan ujian pengesanan Covid-19 termasuk ujian pengesanan kendiri oleh individu untuk diri sendiri, pasangan atau anak adalah antara peruntukan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2021.
Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah dipetik Bernama berkata ia terkandung di bawah pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Pindaan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2022 dan 2023,” katanya ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mohd Shahar berkata pindaan itu turut memasukkan peruntukan perbelanjaan bagi pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi yang dilakukan oleh seseorang individu untuk diri sendiri, pasangan atau anak.
Pada 9 Nov lepas, Mohd Shahar membentangkan RUU tersebut untuk bacaan kali pertama yang melibatkan pindaan ke atas lapan akta untuk melaksanakan langkah Bajet 2022.
Ia melibatkan Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018. FMT
Pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk ujian saringan Covid-19
Baca Artikel Menarik :
- Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik
- Batu nilam terbesar dunia ditemui
- Pemimpin DAP atur sidang Zoom raih sokongan jadikan Mahathir calon PM
- Menteri, timbalan isytihar akaun luar pesisir kepada SPRM
- Kenapa Lantik Individu Yang Dikaitkan Kes Rasuah Di India Ketuai DNB?
- Peniaga jumpa muntah ikan paus bernilai jutaan ringgit di Marang
- Najib dedahkan propaganda PAC untuk teruskan agenda DAP
- DAP meneruskan propaganda yang dimainkan mereka sejak tahun 2017 sebelum PRU14.
- Model 5G: Gesaan Muhyiddin memeranjatkan
- Najib sindir ‘kepakaran’ Mahathir guna kayu penyepit
- Saintis ramal ‘kiamat’ dari lautan satu atau dua abad lagi
Layari Laman Facebook MYKMU</a