Beli mayat, tuntut insurans hayat guna identiti adik

Beli mayat, tuntut insurans hayat guna identiti adik

San Juan: Seorang lelaki tergamak menggunakan identiti adik lelakinya yang meninggal dunia, bagi membuat tuntutan persaraan dan faedah veteran tentera selain memalsukan kematiannya sendiri bagi menuntut insurans hayat.

Warga emas itu, Napoleon Gonzalez, 86, menggunakan identiti adik lelakinya Guillermo Gonzalez hanya muda dua tahun dari usianya dengan kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi ketinggian dan berat badan serta mata berwarna coklat.

Taktik lelaki itu terbongkar selepas seorang pegawai dari Biro Kenderaan Bermotor Maine menggunakan perisian pengecaman muka tiga tahun lalu untuk menentukan gambar pada dua lesen memandu lelaki itu menunjukkan orang sama.

Ia membawa kepada penyiasatan dan Napoleon didakwa di Mahkamah Persekutuan minggu lalu atas tuduhan mencuri identiti, penipuan pasport, penipuan mel dan penipuan Keselamatan Sosial.

Peguam mewakili Napoleon, Harris A Mattson berkata, dia dan anak guamnya mahu membuat rayuan kerana yakin bukti mendakwanya tidak mencukupi.

“Tarikh hukuman belum ditetapkan manakala Napoleon tidak ditahan selepas sabitan kesalahannya,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa penahanannya, Napoleon menetap di Etna, sebuah bandar kecil kira-kira 30 kilometer ke barat Bangor.

Dia dilahirkan di Puerto Rico pada 1937, dua tahun sebelum adiknya Guillermo, kata pendakwa dalam taklimat perbicaraan.

Guillermo meninggal dunia semasa bayi. Muslihat Napoleon bermula pada pertengahan 1960-an sebelum membolehkannya mengumpul faedah tambahan dan melancong ke Kanada dengan pasport palsu.

Napoleon memberitahu penyiasat, ibunya membawanya untuk mendapatkan pasport pada 1965 dengan menggunakan identiti adiknya yang meninggal dunia pada 1939.

Katanya, dia menggunakan identiti itu ketika bekerja dengan Tentera Udara pada 1960-an dan untuk menyertai Tentera Amerika Syarikat sebagai anggota simpanan pada 1979 atau 1980.

Namun, Pejabat Siasatan Khas berkata, pihaknya tidak menemui sebarang rekod dia bekerja di sana, malah seorang wakil Tentera Udara juga mengesahkan tiada rekod menunjukkan Napoleon bekerja untuk cawangan itu.

Pendakwa raya berkata, lelaki itu membeli mayat seorang individu yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta di Puerto Rico untuk membuat manfaat tuntutan palsu insurans hayat.

Rekod Puerto Rico masih menyenaraikan Napoleon sudah meninggal dunia pada tahun 1984.

Penyiasat dari Pentadbiran Keselamatan Sosial bertanya kepadanya tentang perkara itu pada tahun 2010, tetapi menutup kes sebelum memulihkan faedahnya selepas dia menandatangani akuan bersumpah yang mengesahkan dia sebenarnya masih hidup.

Namun taktiknya terbongkar pada Januari 2020 apabila pihak berkuasa di Maine menemui dua lesen memandu dalam sistem mereka dengan gambar lelaki sama.

Jabatan Kehakiman berkata, Napoleon boleh menghadapi sehingga 50 tahun penjara jika disabitkan. HM

Beli mayat, tuntut insurans hayat guna identiti adik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker