M. Nasir positif Covid-19
M. Nasir positif Covid-19
Penyanyi yang juga maestro muzik tanah air, Datuk M. Nasir disahkan positif Covid-19 sejak semalam dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Perkara itu dimaklumkan isterinya, Datin Marlia Musa yang turut memberitahu, keadaan kesihatan suaminya bagaimanapun dalam keadaan stabil.
“Benar, dia (M. Nasir) positif Covid-19 dan sekarang sedang berehat dan menjalani kuarantin di rumah.
“Simptom yang dialaminya sekarang hanya batuk sahaja. Mohon semua doakan agar dia segera sembuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Menurut Marlia, 53, hanya suaminya seorang sahaja yang disahkan positif buat masa sekarang.
“Saya, anak-anak serta orang gaji, status kami semua negatif buat masa sekarang,” katanya.
Baru sahaja melakukan persembahan pentas pada Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia ke-31 Jumaat lalu, Marlia mendedahkan, waktu itu, status suaminya negatif.
“Ya, hari Jumaat kami buat ujian kendiri. Jadi, Dato (M. Nasir) pergi FFM31 dengan bacaan ujian yang waktu itu negatif. Hari Ahad (semalam) baru dia positif,” katanya lagi. K Online
M. Nasir positif Covid-19
Baca Artikel Menarik :
- ‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200
- Uqasha: Buat umrah bukan untuk berseronok
- Akhirnya tersingkir, GV8 bukan pentas saya – Fazley Yaakob
- Bayar saman trafik di mesin ATM
- Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu
- Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat
- Najib dikelilingi ‘Yes-men’ sorok kebenaran sehingga BN tumbang
- PRU 2018: Sabotaj di war room; di luar, BN bawa penyokong PH ke pusat undi
- Sedap Memang Sedap! Awas Punca Makanan Ini Mungkin Anda Hidapi Penyakit Berbahaya Seperti Kanser
- Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan
- Goreng ayam guna Ron97?
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.