Salleh saran 3 kaedah untuk Sabah gandakan KDNK tahun depan

Salleh saran 3 kaedah untuk Sabah gandakan KDNK tahun depan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Salleh Said Keruak menyarankan kerajaan Sabah memfokuskan tiga kaedah dalam usaha menggandakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun depan.

Berdasarkan populasi dan pendapatan per kapita Sabah sekarang, katanya, KDNK perlu dinaikkan kira-kira dua kali ganda atau 100% kepada lebih RM200 bilion.



Ketika membahas Bajet Sabah 2022 di Dewan Undangan Negeri hari ini, beliau berkata, inisiatif pertama daripada tiga kaedah itu ialah mendapatkan pelaburan berimpak besar, sama ada domestik atau asing.

“Kedua, perhebatkan aktiviti ‘downstreaming’ dan terakhir menjadikan Sabah mesra perniagaan dan memudahkan kemasukan pelabur asing ke Sabah, sama ada dari Semenanjung ataupun negara lain.

“Kita perlu memudahkan pemindahan kilang besar ke Sabah, sama ada dari Semenanjung ataupun negara asing. Dalam konteks itu, saya menyambut baik Pelan Pembangunan Ekonomi Sabah Maju Jaya (SMJ), yang mana kerajaan negeri ingin menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi.”

Salleh turut menekankan kepentingan autonomi ekonomi untuk Sabah, di mana semua aspek keputusan berkaitan pematuhan undang-undang, dasar pelaburan, kelulusan dan promosi pelaburan serta promosi eksport sepatutnya dibuat kerajaan negeri.



Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, langkah itu mampu meningkatkan kecekapan pengurusan dan menyokong aktiviti pelaburan serta eksport.

Katanya, pemerkasaan dasar pelaburan dan taman industri turut memainkan peranan penting kepada Sabah.

“Kita perlu meningkatkan pembolehdaya ekonomi atau ‘economic enablers’ dengan perkhidmatan strategik lain, seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan bertaraf dunia. Ini turut menjadi antara perkara penting yang boleh menarik minat pelaburan asing ke dalam Sabah.” FMT

Salleh saran 3 kaedah untuk Sabah gandakan KDNK tahun depan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen



Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker