Malaysia sumbang AstraZeneca kepada Bangladesh dan Laos

PUTRAJAYA – Malaysia menyumbang 559,200 dos vaksin jenis AstraZeneca kepada Bangladesh dan 283,400 dos vaksin jenis AstraZeneca Laos yang bakal diterima oleh kedua-dua negara tersebut bermula hari ini dan Rabu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, masih terdapat negara-negara yang mencatatkan kadar vaksinasi rendah akibat tidak mendapat kesaksamaan akses kepada bekalan vaksin Covid-19.

“Sehingga hari ini, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi Bangladesh adalah 20 peratus manakala, kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk Laos adalah 42 peratus.



“Mengambil kira pendirian Malaysia pada Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia ke-72 (WPRCM-72) di Himeiji, Jepun dan penularan varian baharu yang dibimbangi (VOC) Omicron, kerajaan komited memastikan negara yang memerlukan mendapat kesaksamaan akses kepada bekalan vaksin Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini Malaysia pernah menerima sumbangan vaksin dari empat negara iaitu Jepun, Amerika Syarikat, China dan United Kingdom dengan jumlah keseluruhan sumbangan yang diterima adalah sebanyak 2,913,790 dos.-K! ONLINE

Malaysia sumbang AstraZeneca kepada Bangladesh dan Laos


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker