Kuota dan kos haji tidak berubah, yang terkini belum dimuktamadkan

 

KUALA LUMPUR – Jumlah kuota jemaah serta kos mengerjakan ibadah haji di tanah suci Mekah masih lagi belum ditetapkan, demikian jelas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Senator Idris Ahmad.

Jelasnya, isu penambahan kuota serta kos mengerjakan ibadah wajib tersebut bakal diputuskan selepas pertemuan semula dengan kerajaan Arab Saudi pada awal tahun hadapan.



“Kita akan adakan mesyuarat semula dengan Kementerian Haji Arab Saudi, sekarang Menteri Haji mereka juga baru dilantik.

“Awal tahun hadapan pihak Tabung Haji (TH) akan adakan pertemuan bagi membincangkan perkara ini. Buat masa ini kos serta kuota masih tidak berubah,” jelasnya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-38 di Bangunan TH di sini hari ini.

Tambahnya, jumlah kuota akan ditentukan serta bergantung kepada keadaan semasa pandemik Covid-19 di Arab Saudi.

“Insya-Allah jumlah kuota jemaah kita akan ditentukan serta bergantung kepada keadaan terkini di sana,” jelasnya. -K! ONLINE.



Kuota dan kos haji tidak berubah, yang terkini belum dimuktamadkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kos haji, Kabinet buat keputusan Januari 2022



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker