Bercerai kerana suami beri nafkah RM8.80 sehari
JAKARTA – Seorang lelaki mendedahkan mengenai kisahnya yang ditinggalkan isteri gara-gara memberi wang nafkah sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) sehari, lapor laman berita Berita Hits hari ini.
Menerusi klip video yang dimuat naik di laman TikTok, si suami berkata, dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan selama seminggu.
Dia yang bekerja sebagai buruh bangunan bagaimanapun terpaksa menceraikan isterinya selepas wanita berkenaan tidak dapat menerima hakikat bahawa dia hanya diberikan duit nafkah sebanyak itu.
“Isteri saya menceraikan saya kerana dia diberi nafkah sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) sehari.
“Ia juga disebabkan oleh pekerjaan saya sebagai buruh. Keadaan rumah yang buruk membuatkan isteri meninggalkan saya walaupun kami baru seminggu bernikah,” kata lelaki tersebut pada keterangan dalam videonya.
Hantaran tersebut menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen.
“Saya tidak mahu jadi hipokrit. Apa sahaja yang boleh dilakukan dengan wang sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) pada zaman sekarang?” kata seorang netizen.
“Di rumah ibu bapanya dia sudah terbiasa makan makanan sedap. Tiba-tiba diajak hidup susah, pasti sukar untuk menerima,” komen seorang lagi. – Agensi
Bercerai kerana suami beri nafkah RM8.80 sehari
Baca Artikel Menarik:
- PrnSarawak: Beranikah Bersatu pecat Ali Biju?
- Dividen ASB lebih tinggi?
- Padah melalak tengah hutan, wanita disampuk
- 299 individu ‘kantoi’ kolam renang jadi ‘port’ parti liar
- Kronologi Berfakta Sanggah Dakwaan Kononnya UMNO Khianati Piagam Muafakat Nasional
- Patutlah saya telefon tak jawab, rupanya awak dah meninggal
- Merdeka 118 ikut bentuk jari Satu Malaysia Najib?
- Mengapa Mahathir, Muhyiddin bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB
- Demi ‘Nasi Kandar’ pelanggan sanggup beratur lebih setengah kilometer
- Remaja maut terkejut disergah hantu
- Shaheizy Sam semakin pulih
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.