‘Miss you Lil. Love you’ – TMJ
‘Miss you Lil. Love you’ – TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melahirkan rasa rindu kepada adindanya, Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ismail yang telah genap enam tahun pemergiannya.
‘Miss you Lil. Love you (Rindu awak adik. Sayang awak)’, luahan pendek dan ringkas tapi cukup menggambarkan perasaan TMJ yang sangat menyayangi adindanya.
Terdahulu, anakanda keempat kepada Sultan Johor Sultan Ismail, Tunku Abdul Jalil mangkat pada 5 Disember 2015 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru ketika berusia 25 tahun akibat kanser hati.
Sementara itu, status yang dimuat naik TMJ di laman Facebook telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yang lain.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, Amin ya Rabbal Alamin. al Fatihah,” kata Supiah Abd Kair.
“Almarhum Tunku Laksamana Johor insan yang merendah diri bersama rakyat dan hebat semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman Amin, al Fatihah,” kata Hafiz Elias.
“Merafak sembah takziah patik ucapkan kepada TMJ serta kerabat Diraja Johor bersempena memperingati Hari Kemangkatan Tunku Abdul Jalil. Semoga Allah merahmati dan mengampuni serta mencucuri roh Almarhum. al Fatihah,” kata Muhd Yusri Yusof. K Online
‘Miss you Lil. Love you’ – TMJ
Baca Artikel Menarik :
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU