Kampung Batu Puteh di Sabah dinobat Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia

Kampung Batu Puteh di Sabah dinobat Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia

Kampung Batu Puteh yang terletak di hilir Sungai Kinabatangan, Sabah meraih Anugerah Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia, yang julung kali diperkenalkan Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO), di Madrid, Sepanyol semalam.



Pengumuman rasmi dan majlis penganugerahan yang berlangsung semalam dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri serta Pengerusi Koperasi Ekopelancongan Komuniti Batu Puteh, Abdul Sanih Nasri, yang menerima anugerah itu daripada Setiausaha Agung UNWTO, Zurab Pololikashvili.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan berkata, kejayaan Kampung Batu Puteh adalah hasil usaha gigih koperasi komunitinya yang mempunyai 350 ahli dan pemegang saham meliputi penduduk desa, nelayan dan petani yang menceburi ekopelancongan serta inisiatif pemuliharaan alam sekitar.

MOTAC berkata, usaha sama itu yang diketuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Model Pelancongan Masyarakat Berekologi Mampan (MESCOT) bersama Miso Walai Homestay, yang pernah menerima anugerah inap desa terbaik, menawarkan pengalaman pelancongan budaya berasaskan komuniti tersusun.

Nancy berkata, Batu Puteh adalah model pelancongan luar bandar, ekopelancongan dan pelancongan berasaskan komuniti bertanggungjawab yang berjaya dan sentiasa dipromosikan secara meluas oleh Malaysia.



“Bidang pelancongan ini antara kekuatan utama negara, memandangkan kita dikurniakan dengan begitu banyak aset semula jadi, warisan dan kepelbagaian budaya.”

Bagi Malaysia, katanya, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi peluang permulaan baharu susulan pertambahan minat terhadap pelancongan “bandar kedua” dan penerokaan destinasi kurang dikenali.

“Saya percaya ini adalah waktu terbaik untuk mempromosikan ‘permata tersembunyi’ dalam negara kita kerana pelancong dijangka lebih gemar destinasi berasaskan alam semula jadi, dengan gaya hidup yang relaks dan udara segar.”



Nancy turut memuji UNWTO kerana memperkenalkan anugerah itu tepat pada masanya.

“Anugerah dan pengiktirafan ini akan membawa maksud lebih besar dan menjadi kebanggaan dalam kalangan perusahaan kecil dan mikro tempatan yang membentuk majoriti perusahaan pelancongan di rantau Asia Pasifik,” katanya. FMT

Kampung Batu Puteh di Sabah dinobat Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker