‘Banyak pembangunan tak dapat dilaksanakan jika rakyat Sarawak salah pilih’

Rakyat Sarawak perlu membuat pilihan yang betul pada Pilihan Raya Negeri ke-12 supaya hubungan baik kekal terjalin antara kerajaan negeri dan pusat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, hubungan yang baik adalah penting untuk memudahkan urusan antara kedua-dua kerajaan terutamanya dalam melaksanakan pembangunan rakyat Sarawak.

Mengambil contoh pembinaan Jambatan Sungai Yong Kedua bernilai RM12.6 juta yang terletak 15 kilometer dari sini, Ismail Sabri berkata ia tidak akan terlaksana sekiranya kedua-dua kerajaan Negeri dan Pusat itu mempunyai haluan yang berbeza.

“Tapi orang Sarawak membuat pilihan yang tepat apabila memilih Kerajaan Negeri yang sama (pada PRN-11).

“Dan saya lebih senang dan lebih mudah kerja saya, sebab Ketua Menteri Sarawak Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) adalah sahabat saya. Sebab itu, kali ini saya harap jangan membuat keputusan yang silap, banyak lagi yang hendak lulus ini tidak dapat dilaksanakan, kalau lain pemerintah negeri dengan pusat,” katanya semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kapit Town Square di Kapit hari ini.

– Bernama

‘Banyak pembangunan tak dapat dilaksanakan jika rakyat S’wak salah pilih’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PKR Sarawak dapat sisa tapi dituduh tamak kerusi – Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker