PKR tidak mampu tebus kekecewaan di Sarawak

Sebaran :

Tidak sampai sebulan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melabuhkan tirai, negara bakal berdepan dengan satu lagi PRN.

Kali ini giliran penduduk Bumi Kenyalang pula untuk membuang undi dalam PRN Sarawak ke-12.

Dengan tinggal tidak sampai 72 jam untuk penamaan calon pada Isnin ini, cakap-cakap mengenai PRN Sarawak yang menelan belanja sebanyak RM150 juta semakin hangat diperkatakan.

Walaupun fokus kini lebih tertumpu kepada Gabungan Rakyat Sarawak (GPS) yang ‘bersalin kulit’ daripada Barisan Nasional, PRN Sarawak juga menjadi tumpuan ramai tentang prestasi seterusnya Pakatan Harapan (PH), terutamanya parti tonggak pembangkang iaitu PKR.



Adakah di Sarawak, PKR akan mampu menebus kekecewaan dan mengubat luka di Melaka apabila semua 11 calonnya terpaksa berputih mata? Bagi penganalisi politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian, Sarawak bukanlah ‘padang permainan’ PKR walaupun beberapa calonnya berjaya meraih kemenangan dalam PRU14.

Lantas kata pensyarah Universiti Sains Malaysia itu, PKR sukar menggugat kekuatan dan sokongan padu diberikan rakyat Sarawak kepada GPS.

Menurut Sivamurugan, beliau berpandangan hanya dua parti pembangkang iaitu DAP dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) mampu memberikan saingan sengit kepada GPS pada PRN Sarawak nanti terutamanya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terletak di kawasan bandar.

Malah, Sivamurugan berkata, berdasarkan keputusan PRN Sarawak ke-11 pun memang jelas menunjukkan ia berpihak kepada GPS yang memenangi 68 kerusi, PSB (6), DAP (5) serta masing-masing satu Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.



DR SIVAMURUGAN
DR SIVAMURUGAN

 

“Antara faktor utama rakyat Sarawak akan terus memilih GPS adalah kerana faktor kejayaan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Abang Openg menguruskan bencana Covid-19 dengan baik.

“Justeru, saya yakin GPS mampu mengekalkan status quo sebagai parti pemerintah kerajaan negeri, selain faktor kematian mendiang Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing yang memberikan sedikit impak kepada undi tradisional,” katanya kepada Sinar Premium pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pertembungan sesama sendiri antara PKR, DAP dan PSB di beberapa kawasan juga dijangka menyebabkan sokongan pengundi kepada calon pembangkang berpecah dan mengurangkan peluang untuk mereka menang atau mempertahankan sesuatu kerusi menjadi sukar.

Sivamurugan berkata, keadaan itu berlaku kerana DAP, PKR dan PSB merasakan mereka mempunyai kekuatan tersendiri yakin mampu menang jika meletakkan calon di kawasan kerusi terbabit.



“Fenomena berkenaan memberikan gambaran bahawa parti pembangkang tidak boleh bekerjasama sesesama sendiri, sedangkan mereka perlu berbuat demikian untuk memberikan saingan kepada GPS,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Sarawak, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, PKR sukar menggugat kedudukan status quo dan pengaruh GPS yang sudah lama bertapak di Sarawak.

DR AWANG AZMAN
DR AWANG AZMAN

 

GPS MAMPU RAMPAS KERUSI

Awang Azman yang juga Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Universiti Malaya (UM) berkata, perbalahan antara PKR, DAP dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam merebut kerusi bakal ditanding juga sedikit sebanyak menghakis keyakinan rakyat Sarawak terhadap pakatan pembangkang.

“Situasi berkenaan dilihat memberikan kelebihan kepada GPS untuk merampas kerusi berkenaan kerana undi parti perbangkang DAP, PKR dan PSB pecah.

“Perbalahan antara PKR dan DAP bukanlah sesuatu perkara baharu kerana sentiasa berlaku dalam PRN Sarawak sehingga menyebabkan hubungan antara kedua-dua parti tegang,” katanya.

PKR tidak mampu tebus kekecewaan di Sarawak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Sarawak: GPS tampil 24 muka baharu


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *