Keluarga tentera didera senior sahut Hishammuddin

Keluarga tentera didera senior sahut Hishammuddin

Abang kepada anggota tentera yang didakwa dipukul dan dipaksa menghabiskan gaji membeli barang keperluan “senior”, berjanji menyalurkan maklumat kes itu kepada Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein.

“Aku dengan keluarga tengah kumpul-kumpul mesej adik aku dan (kami) akan hubungi menteri dengan segera. Kami tak boleh tidur, selalu tunggu ‘call’ (panggilan telefon) adik aku,” katanya.



Lelaki itu berkata, adiknya akan menghubungi ibu mereka selepas dipukul kumpulan senior itu dan kerap meluahkan perasaan untuk lari dari kem berkenaan.

Beliau tidak menamakan kem tentera yang dimaksudkan itu.

“Selalunya lepas kena pukul, dia (adik saya) akan ‘call’ mak aku cakap nak lari. Dia dah kerja, tau bukan dalam latihan lagi, pun ada rasa nak lari,” katanya dalam mesej dikongsi bersama pengguna Twitter Pedoq.

Lelaki itu mendakwa, sudah lumrah adiknya dipukul selama beberapa jam sekembalinya ke kem bujang selepas bertugas pada tengah malam.



“Bayangkan bertugas sampai malam, dah sampai dorm kena pukul/ragging sampai 3-4 pagi. Lepas itu dapat tidur sejam, bangun siap-siap nak pergi bertugas.

“Sedih betul. Adik aku cakap kasar dengan orang pun tak pernah. Memang jenis buat hal sendiri. Sedih benda ni jadi dekat keluarga kita orang,” katanya.

Beliau berkata, adiknya takut untuk membuat aduan kepada pegawai atasan kerana khuatir menerima nasib sama seperti penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang didera sehingga meninggal dunia.

Hishammudin sebelum ini meminta abang kepada mangsa yang didakwa dibuli itu terus menghubunginya bagi membolehkan tindakan segera diambil.



“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan. Timbalan Menteri (Ikmal Hisham Abdul Aziz) juga diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi. Jika sahih, tindakan tegas akan diambil,” kata Hishammuddin di Twitter. FMT

Keluarga tentera didera senior sahut Hishammuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)



‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker