Gajah mengawan mengamuk serang trak

Gajah mengawan mengamuk serang trak

CAPE TOWN – Sebuah rakaman video mendebarkan memaparkan aksi seekor gajah jantan yang mahu mengawan bertindak agresif dengan menyerang sebuah trak safari, menyebabkan pelancong berlari menyelamatkan diri, lapor akhbar New York Post semalam.

Gajah setinggi hampir empat meter itu yang dilaporkan sedang berada dalam musim mengawan mengamuk apabila melihat dua buah kenderaan mendekati kawasan pembiakannya.



Kedua-dua trak itu berhenti di kawasan permainan berhampiran Hoedspruit di pinggir Taman Great Gruger, Afrika Selatan.

Namun, gajah tersebut mengamuk sebelum memberhentikan trak pertama.

Pemandu pelancong yang duduk di tempat duduk hadapan terpaksa melarikan diri ketika gading gajah itu menyucuk ke dalam trak safari.

Ia kemudian mengangkat trak tersebut dan menolaknya dari jalan.



Kebiasaannya, tahap testosteron gajah jantan yang bersedia untuk mengawan akan meningkat sehingga 60 kali ganda.

Ia akan menjadi agresif secara seksual dan sangat ganas terhadap manusia serta akan merembeskan lelehan seperti tar di sisi kepala yang memberi amaran tentang rangsangan seksualnya. K Online

Gajah mengawan mengamuk serang trak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker