Adakah cuti ‘bola’ ini benar-benar perlu?

Adakah cuti ‘bola’ ini benar-benar perlu?

Pakar penyakit berjangkit Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman tidak berpuas hati dengan pengumuman cuti umum bagi meraikan kemenangan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam kejohanan bola sepak Piala Malaysia, Selasa lalu.

Dalam ciapannya di Twitter, pakar itu berkata, keputusan berkenaan menjejaskan jadual peperiksaan perubatan profesional yang telahpun terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan perintah kawalan pegerakan.



“Wow, adakah (cuti) ini benar-benar perlu?

“Ia menyebabkan peperiksaan profesional pakar kami, klinik dan jadual bilik pembedahan semuanya menjadi huru-hara.

“Kami benar-benar tidak memerlukan ini, terutamanya bukan pada masa kami mempunyai begitu banyak perkara yang perlu dilakukan akibat Covid-19,” kata Adeeba, yang adalah ahli jawatankuasa Majlis Sains, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan bekas dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim mengumumkan ketiga-tiga wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan mendapat cuti umum tambahan pada Jumaat ini untuk meraikan kemenangan itu.



“Kemenangan itu adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia, yang mana kali terakhir kemenangan adalah pada 1989.

“Justeru adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat 3 Disember 2021, diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC,” katanya.

Perlawanan itu menyaksikan KL City FC menewaskan Johor Darul Takzim FC, atau lebih dikenali sebagai JDT, 2-0. Mk

Adakah cuti ‘bola’ ini benar-benar perlu?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker