Pejuang-Amanah jika gabung didakwa mampu raih undi

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Amanah Negara (Amanah) akan menarik sokongan undi Melayu sekiranya bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.

Penganalisis Politik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, Pakatan Harapan (PH) gagal menarik undi Melayu disebabkan tiada gabungan daripada Pejuang.

Menurutnya, Pejuang atau kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada PH menyebabkan keyakinan kepada gabungan itu berkurang.

“Apabila Pejuang atau kumpulan Dr Mahathir tidak bersama PH, maka kita dapat lihat pada PRN Melaka mereka gagal memenangi banyak kerusi.

“Ini kerana tiada parti Melayu seperti Pejuang dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menarik undi berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Mujibu berkata, Amanah yang dipimpin Presidennya, Mohamad Sabu dilihat cenderung untuk bersama Dr Mahathir dan gabungan tersebut juga dilihat lebih baik untuk PRU akan datang.

Dakwa adik dipukul di kem, hubungi saya segera – Hishammuddin

“Kalau kita tengok dalam dinamika politik PH, Parti Keadilan Rakyat (PKR) banyak ahlinya yang tidak mahu bekerjasama dengan Dr Mahathir.

“Tetapi DAP dan Amanah mahu, cuma persoalannya apakah Dr Mahathir dan Pejuang mahu buat begitu? Memang kita katakan lebih baik mereka bergabung,” ujarnya.

Tambah beliau, sekiranya mereka bergabung ia akan menguatkan parti dan berkemungkinan memberi satu dinamika kepada orang Melayu dan politik pembangkang.

Menurutnya, jika Pejuang dan Amanah bergerak sendiri dikhuatiri akan menyukarkan untuk menang dalam pilihan raya. “Saya lihat kalau digabungkan lebih baiklah untuk tunjuk kekuatan dan menggembleng strategi,” kata Mujibu.

Pejuang-Amanah jika gabung didakwa mampu raih undi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wajah Kate Middleton ‘lebam’, penuh luka timbulkan kemarahan warganet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker