Dapat kerusi roda pun sudah cukup

Dapat kerusi roda pun sudah cukup’

JERANTUT – Malang menimpa seorang wanita apabila bukan sahaja menghidap empat pe­nyakit berisiko, malah turut hilang penglihatan selain hanya terlantar di rumah selepas kehilangan upaya untuk bergerak.

Rahimah A. Razak, 48, berkata, dia menghidap penyakit kerosakan buah pinggang, jantung, kencing manis dan paru-paru berair selain hanya terlantar sepanjang masa di rumah ibu bapanya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini.



Katanya, dia pasrah dengan ujian tersebut yang menyebabkan pergerakannya terbatas untuk ke tandas dan mandi. Dia perlu dibantu suami serta adik beradiknya untuk bergerak selain kurang selera makan.

“Saya hidap kencing manis sejak 10 tahun lalu mengakibatkan buah pinggang saya rosak pada tahap lima yang memerlukan rawatan dialisis. Selain itu ia juga membuatkan saya hilang deria penglihatan sejak tiga bulan lalu.

“Keadaan itu juga menyebabkan saya mengalami penyakit jantung yang memerlukan pemantauan.

“Saya turut hidap paru-paru berair sejak awal tahun ini dan mendapatkan rawatan di Hospital Bandar Pusat Jengka,” kata­nya ketika ditemui baru-baru ini.



Rahimah yang belum dikurniakan cahaya mata menambah, dia tidak mempunyai pendapatan tetap bagi membiayai kos rawatan dan menyediakan tapak bagi rawatan dialisis.

Menurut Rahimah, suaminya yang berusia 63 tahun cuma me­raih pendapatan sekitar RM30 hari dengan menangkap ikan sungai dan tidak dapat menampung kos rawatannya yang menelan belanja RM1,500 sebulan.

“Saya berharap orang ramai dan dermawan dapat membantu dari segi kewangan untuk keperluan diri seperti membeli lampin pakai buang dan susu serta per­belanjaan untuk saya berulang alik ke hospital.

“Kalau dapat bantuan kerusi roda pun memadai bagi memudahkan saya bergerak,” ujarnya.



Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Zawiyah A. Razak (adik Fatimah) menerusi talian 011-7070 5935 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam bernombor 06055020337470 (Fatimah). K Online

Dapat kerusi roda pun sudah cukup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?



Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker