Tuduhan dadah, saya tidak seperti yang difitnah – Isma Halil

KUALA LUMPUR : Penyampai radio Bapakku FM, DJ Isma Halil Hamzah, meminta maaf selain menjelaskan tuduhan bersabit dadah yang dilemparkan kepadanya sebelum ini sebagai satu fitnah.

Menurut Isma, dia bersumpah dengan nama Tuhan bahawa tuduhan yang dilemparkan itu adalah tidak benar.

“Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Dan saya sihat adanya di Sungai Buloh Ini.

“Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya.

“Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemy lagi. Terima kasih kerana menyokong saya,”katanya.

Isma berkata demikian dalam satu nota ringkas yang diberikan kepada peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain semasa kedua-dua mereka bertemu dengan anak guamnya kelmarin.

Isma telah ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Menurut Ahmad Zahir, Isma dituduh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabitkan lagi untuk pertuduhan yang dikenakan.

“Berikutan itu, saya mohon semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi selepas ini.

“Untuk makluman semua, sebutan di Mahkamah Majistret Jalan Duta telah ditetapkan pada 15/12/2021 untuk laporan jabatan kimia.

“Jika laporan tersebut sudah siap, maka kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan (kes ini hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sahaja),” kata Ahmad Zahiril.

Sekitar September lalu, timbul dakwaan mengenai seorang penyampai radio dipercayai dirinya yang ditahan pihak polis selepas didapati memiliki dadah jenis ganja.

Menurut laporan pihak polis, suspek ditahan di kediamannya di ibu kota kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 447.44 gram yang telah diasing-asingkan kepada 22 paket plastik.

Tuduhan dadah, saya tidak seperti yang difitnah – Isma Halil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.net


Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker