Roti Canai Kayangan. KPDNHEP belum temui bukti
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) belum menemui bukti berhubung dakwaan roti canai yang dijual pada harga RM4 sekeping di Langkawi, baru-baru ini.
Menurut Pengarah Penguatkuasanya Azman Adam, mereka masih lagi menyiasat mengenai kesahihan aduan berkenaan selepas menerima maklumat mengenai isu berkenaan.
Katanya, mereka tidak menemui sebarang bukti di premis itu seperti yang diadukan.
“Setakat petang tadi (semalam), kami masih tidak menjumpai di mana lokasi premis yang dikatakan menjual roti canai RM4 itu.
“Pegawai penguatkuasa kami masih lagi cuba mengesan aduan itu termasuk di beberapa lokasi lain.
“Kita akan mendapatkan maklumat daripada orang yang membuat aduan itu supaya kita dapat jalankan siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan Op Menu di Kota Warisan, lapor Utusan Malaysia.
Azman berkata, mereka tidak menolak kemungkinan mengenai kesahihan aduan terbabit dan ia juga mungkin timbul akibat berlakunya kekeliruan.
Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) semalam memaklumkan mereka menerima aduan berhubung roti canai yang dijual RM4 sekeping di lokasi pelancongan terkenal itu.
Setiausahanya Mohd Yusrizal Yusoff berkata, harga itu tidak masuk akal kerana berdasarkan maklumat daripada pengguna, kedainya hanya terletak di tepi jalan.
Harga roti canai itu adalah antara 100 aduan yang diterima CAKE khususnya berkaitan harga makanan serta bahan mentah di negeri itu.
Roti Canai Kayangan. KPDNHEP belum temui bukti
Baca Artikel Menarik:
- Kejohanan skuasy dunia di KL dibatalkan disebabkan atlet Israel
- Najib: Bersatu susun propaganda untuk tumbangkan Ismail Sabri
- Isu tanah di Langkawi, Mahathir melenting sindiran Najib
- Mungkin Sanusi tak berani – Kon Yeow
- Sejak zaman abah kau harga barang naik, cecah paras tertinggi
- Menara Merdeka 118 kini bangunan kedua tertinggi di dunia
- Haram dimakan ayam tak matang jika mudarat kesihatan
- MN seperti anjing dengan kucing – Ku Li
- Kenapa Thomas tak ambil tindakan terhadap Zeti, soal Charles
- Dulu kereta kena tarik, kini mampu beli Ferrari
- Wanita berang payudara bersaiz 38j miliknya dituduh palsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi
You must be logged in to post a comment.