Tutup kolej MARA di Semporna keputusan sukar – Mahdzir
Tutup kolej MARA di Semporna keputusan sukar – Mahdzir
Kerajaan tiada pilihan kecuali menutup Kolej Politeknik Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Semporna kerana mengalami kerugian lebih RM28 juta.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mahdzir Khalid berkata, kerajaan kesal dengan keadaan itu dan ia keputusan sukar yang terpaksa dibuat.
Katanya, kerugian itu berpunca disebabkan pengambilan pelajar berkurangan dalam beberapa tahun ini.
Beliau berkata, kolej itu kini hanya mempunyai 96 pelajar berbanding kapasiti asalnya 600 pelajar.
“Walaupun MARA dibiayai kerajaan persekutuan, ia dianggap entiti swasta,” katanya dalam sidang media di sini.
“Kami tiada peruntukan daripada kerajaan untuk membayar gaji guru atau penyelenggaraan kolej. Kolej perlu menjana pendapatan setiap suku tahun, (tetapi) sekarang kami berdepan kerugian.”
Sebelum ini, kolej itu dilaporkan akan ditutup menjelang 31 Julai 2022 akibat kekurangan pelajar dan kerugian berjumlah RM28.5 juta.
Minggu lalu, Mahdzir dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Sepanggar, Azis Jamman di Parlimen berkata, kolej itu mencatatkan purata kerugian tahunan RM2.45 juta sejak ditubuhkan pada 2010.
Media melaporkan baki pelajar di kolej itu akan dipindahkan ke kolej politeknik MARA di Semenanjung, manakala kakitangannya dibenarkan berpindah ke cawangan lain di Semenanjung atau memilih Skim Pemisahan Sukarela (VSS). FMT
Tutup kolej MARA di Semporna keputusan sukar – Mahdzir
Baca Artikel Menarik :
- Kejohanan skuasy dunia di KL dibatalkan disebabkan atlet Israel
- Najib: Bersatu susun propaganda untuk tumbangkan Ismail Sabri
- Isu tanah di Langkawi, Mahathir melenting sindiran Najib
- Mungkin Sanusi tak berani – Kon Yeow
- Sejak zaman abah kau harga barang naik, cecah paras tertinggi
- Menara Merdeka 118 kini bangunan kedua tertinggi di dunia
- Haram dimakan ayam tak matang jika mudarat kesihatan
- MN seperti anjing dengan kucing – Ku Li
- Kenapa Thomas tak ambil tindakan terhadap Zeti, soal Charles
- Dulu kereta kena tarik, kini mampu beli Ferrari
- Wanita berang payudara bersaiz 38j miliknya dituduh palsu
Layari Laman Facebook MYKMU
Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi
You must be logged in to post a comment.