DAP, PKR gaduh kenapa babitkan kami?

DAP, PKR gaduh kenapa babitkan kami?

Pemimpin Umno menyatakan perasaan tidak puas hati apabila diheret sama dalam pergolakan DAP dan PKR Pahang berkaitan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Jangan salahkan Umno dan membawa Umno ke kancah pergaduhan PH,” kata Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Razlan Rafii.

Razlan mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda DAP Pahang Chris Shan yang mengibaratkan anggota PKR yang membuat bantahan di luar pusat khidmat DAP seperti “samseng Umno”.

Semalam, terdapat akar umbi PKR membuat bantahan itu susulan gesaannya supaya Anwar Ibrahim sebagai pengerusi PH susulan kekalahan teruk mereka dalam pilihan raya negeri Melaka.

“Keriuhan ini kelihatan tiada beza dengan perangai samseng Umno,” kata Shan.

Dalam kenyataan sebentar tadi, Razlan mengingatkan terhadap insiden keganasan yang berlaku dikaitkan dengan anggota pembangkang sebelum ini.

“DAP terlupa ke, yang bergaduh baling kerusi, bakar dewan, geng hitam yang selalu dijadikan cerita apabila pemilihan PKR dijalankan.

“DAP terlupa ke bagaimana samseng PKR juga termasuk DAP yang membakar kereta polis dan memukul polis ketika demontrasi-demontrasi Bersih dan lain-lain?” dakwanya.

Merujuk PRN Melaka, Razlan berkata bagaimanapun berkata ia bukan hanya salah Anwar.

“Ada juga sebab rakyat sudah tahu PH menipu dan tiada untung memilih PH yang tamak kuasa dan tidak tahu mengurus negara apabila sudah berkuasa,” katanya.
Mk

DAP, PKR gaduh kenapa babitkan kami?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker