Alexander sedia ambil tanggungjawab jika harga barang tak turun
Alexander sedia ambil tanggungjawab jika harga barang tak turun
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sedia mengambil tanggungjawab sekiranya harga barang di pasaran tidak dapat distabilkan pada 9 Disember ini.
Menurutnya, apa yang berlaku ketika ini adalah sesuatu yang agak kompleks dan memerlukan penelitian daripada pelbagai sudut.
“Saya boleh bertanggungjawab, tak apa. Mungkin 9 Disember tak selesai sebab perkara ini agak kompleks.
“Kalau tak letak jawatan, dulu yang berhormat Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim ) pernah berkata, hari ini kita menang, esok (harga) minyak turun…pun tak turun.
“Iskandar Puteri (Lim Kit Siang) pun pernah kata, kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim tak jadi perdana menteri saya akan undur dia kata, jadi ini janji apa, kalau kita nak berpolitik tapi saya tak nak guna dewan ini untuk berpolitik…biar saya jawab apa yang ditanya oleh Bagan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Ahli Parlimen Bagan (PH), Lim Guan Eng yang bertanya sama ada Alexander akan bertanggungjawab sekiranya harga barang dipasaran tidak dapat distabilkan pada 9 Disember ini.
Guan Eng memetik laporan daripada sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris baru-baru ini yang menyatakan Alexander didakwa berkata demikian.
Terdahulu ketika menjawab soalan Guan Eng pada sesi pertanyaan menteri, Alexander berkata, pihaknya akan melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia bermula Sabtu ini dengan menawarkan harga jualan 15 hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
Ujarnya, program jualan itu akan dilaksanakan di seluruh negara membabitkan 222 kawasan Parlimen dengan kekerapan dua kali sebulan.
“Kerajaan akan memastikan harga jualan barangan yang ditawarkan adalah 15 hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
“Kementerian sudah mendapat kerjasama agensi dan jabatan kerajaan lain bagi memastikan jualan barangan keperluan asas pengguna ini sampai kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dengan kenaikan harga barangan ini,” ujarnya. MG
Alexander sedia ambil tanggungjawab jika harga barang tak turun
Baca Artikel Menarik :
- Kerajaan dulu tegang, kerajaan kini tenang
- Wanita dipaksa kahwin maut kena siram asid
- Polis serbu majlis pendaftaran kongsi gelap
- Kerana Muhyiddin, prestasi ekonomi negara buruk berbanding negara jiran
- Sakarstik Zahiril ajak Amerul Affendi beli pengikut di Shopee
- Kailan ikan masin kayangan, KPDNHEP beri tempoh 2 hari buat penjelasan
- Syok Sendiri Jadi Hero Hindustan, Shah Rukh Khan ‘Copy ORI’ Buat Ramai Netizen Gelak [VIDEO]
- Empat beranak rosakkan kereta ditangkap (Video)
- Wanita tertembak ‘karipap’ sendiri
- Pukul, seret hingga mati
- Baby bump Mira Filzah, netizen ucap tahniah
Layari Laman Facebook MYKMU