Lebih baik naik gaji daripada tambah umur bersara – CUEPACS
Lebih baik naik gaji daripada tambah umur bersara – CUEPACS
Cadangan kerajaan untuk meningkatkan umur persaraan dilihat tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat.
Beliau berkata, cadangan itu dilihat bukan sebagai satu keperluan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat atau dalam tempoh tiga atau lima tahun akan datang sehingga ekonomi negara semakin kukuh.
“Keadaan ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan ketika ini juga mengakibatkan ramai rakyat masih menganggur serta sukar mencari peluang pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan.
“Umur persaraan 60 tahun sudah memadai bagi keperluan semasa di negara ini. Sebarang cadangan untuk mengkaji semula had umur persaraan sedia ada tidak wajar kerana situasi semasa negara yang tidak sama dengan negara maju lain,” katanya dalam kenyataan.
Adnan berkata, kerajaan ketika ini sedang berhadapan kekangan kewangan apabila banyak peruntukan disalurkan untuk memulihkan semula ekonomi dan membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
Khamis lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mempertimbangkan semua aspek berhubung cadangan menaikkan had umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun ketika ini.
Adnan berkata, situasi ekonomi yang tidak begitu baik juga mengakibatkan peluang pekerjaan baru di sektor swasta tidak dapat memenuhi permintaan dalam pasaran buruh semasa negara.
“Setiap tahun juga ratusan ribu graduan baharu menanti memasuki pasaran kerja dan mereka ini berharap dapat menikmati pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan.
“Jika kita terus meningkatkan had umur persaraan sedia ada, ia sudah tentu menyukarkan golongan muda mendapat peluang kerja yang baik,” katanya.
Beliau berkata, cadangan itu juga akan mengakibatkan golongan muda terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak setara dengan kelayakan sehingga mengakibatkan taraf hidup rakyat tidak meningkat walaupun negara semakin maju.
Katanya, perkara lebih baik yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah meningkatkan dan memperkasakan skim gaji dinikmati oleh pekerja supaya taraf hidup semasa rakyat bertambah lebih baik sesuai dengan kos sara hidup semasa.
“Lebih baik kerajaan mencari jalan supaya merealisasikan gaji minimum RM1,200 selari dengan hasrat mahu meningkatkan purata pendapatan isi rumah kepada RM10,000 sebulan pada tahun 2025 dapat dicapai.
“Apabila gaji dapat ditingkatkan, sudah tentu simpanan untuk hari tua juga meningkat sekali gus membolehkan rakyat menikmati hidup lebih baik selepas persaraan kelak,” katanya. FMT
Lebih baik naik gaji daripada tambah umur bersara – CUEPACS
Baca Artikel Menarik :
- Katak lompat masuk Bersatu, dah tu gubal undang-undang anti lompat kenapa?
- Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman
- Aishah bercerai lagi?
- Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO]
- Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek [VIDEO]
- Nik Abduh, Khairuddin dan Zuhdi dilantik untuk elak perpecahan
- Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail
- Gempar mayat bogel bangun berjalan
- Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi
- Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO]
- Ramai sedih lihat budak jual gam
Layari Laman Facebook MYKMU
Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis