Dua aduan vaksin disuntik melepasi tarikh luput

Sebaran :

Dua aduan vaksin disuntik melepasi tarikh luput

Program Perkhidmatan Farmasi (PPF) menerima aduan berkenaan vaksin melepasi tarikh luput semasa penerimaan suntikan.

Ia berdasarkan paparan maklumat tarikh vaksinasi dan tarikh luput vaksin dalam aplikasi MySejahtera bagi suntikan kedua vaksin AstraZeneca.

“Aduan 1 adalah mengenai suntikan dos kedua diterima pada 14 Julai 2021 yang mana tarikh luput vaksin yang terpapar adalah 30 Jun 2021 dengan nombor kelompok vaksin: A1013



“Manakala aduan kedua membabitkan suntikan dos kedua diterima pada 19 Julai 2021 dengan tarikh luput vaksin yang terpapar adalah 30 Jun 2021 bersama nombor kelompok vaksin: A1013,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah PPF lagi, hasil semakan dengan pentadbir sistem pengurusan vaksin (VMS) dan sijil lot release yang dikeluarkan oleh NPRA bagi nombor kelompok A1013, vaksin Astra Zeneca (sebagaimana aduan yang diterima), mendapati tarikh luput bagi kelompok tersebut ialah 31 Oktober 2021 dan bukannya 30 Jun 2021.

“Program ini sedang membuat semakan dengan pentadbir sistem MySejahtera untuk maklumat lanjut.

“Selain itu, dimohon agar pengadu dapat menjana sijil digital dalam format PDF dan dikemukakan kepada e-mel: [email protected], untuk siasatan terperinci,” tegas pihak itu lagi. MG



Dua aduan vaksin disuntik melepasi tarikh luput


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *