Undi18 akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini – Wan Junaidi
Undi18 akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini – Wan Junaidi
Kerajaan dan Perdana Menteri akan dianggap menghina mahkamah jika dasar Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik tidak dilaksanakan sebelum 31 Dis ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata, justeru kerajaan akan melaksanakannya sebelum tarikh itu.
“Kita tidak ada pilihan sebenarnya. Rang undang-undang ini mesti dilaksanakan sebelum tamatnya persidangan ini.
“Oleh kerana hakim telah menetapkan, kalau kita tidak melaksanakan maknanya Perdana Menteri, kerajaan Malaysia akan ‘contempt of court’. Jadi, dengan sendirinya perundangan itu mesti dibuat,” katanya di Dewan Rakyat.
Sidang Dewan Rakyat berakhir pada 16 Dis manakala sidang Dewan Negara berakhir pada 23 Dis.
Mahkamah Tinggi Kuching, pada 3 Sept, memerintahkan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan sebelum 31 Dis ini.
Kerajaan menegaskan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik akan dilaksanakan sebelum 31 Dis ini.
Wan Junaidi berkata, beliau telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa dalam masa dua minggu dari sekarang, beliau akan membentangkan pindaan Artikel 119 bagi meminda undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan umur mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik.
Usul kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran automatik pengundi diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengambil langkah segera untuk melaksanakannya secepat mungkin termasuk menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan prasarana yang betul.
Katanya, SPR telah menyerahkan pembentangan kepada Jemaah Menteri pada 23 Nov dan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri telah bersetuju untuk meminda undang-undang kerajaan negeri masing-masing.
Undi18 tidak akan dilaksanakan ketika pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang bakal diadakan pada 18 Disember ini. FMT
Undi18 akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini – Wan Junaidi
Baca Artikel Menarik :
- Roti Gardenia naik 10 hingga 45 sen
- 5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji
- Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’
- Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
- Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
- DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?
- Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur
- Pemain JDT dilatih bersikap sombong – Sanusi
- Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
- Gadis cantik penjual kambing bergelar pelajar universiti
- Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.