Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi
Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi
Pas menolak Muafakat Nasional (MN) yang terbelenggu dengan hanya melibatkan UMNO dan partinya sahaja.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas juga menolak fahaman yang menafikan adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh gagasan yang lebih besar iaitu Perikatan Nasional (PN).
“Gagasan yang ada perlu diubah bentuk dan ikatannya, kerana berlakunya perubahan situasi dan realiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Oleh itu, kata Abdul Hadi, penubuhan MN yang tidak lengkap perlu dilengkapkan dengan penubuhan PN.
“Oleh yang demikian, secara tegasnya Pas tidak boleh dibelenggu atau diheret oleh sebarang kefahaman yang lain. Pas hanya bergerak dengan konsep Islam yang terang lagi bersuluh.
“Pas boleh bersama-sama membina negara ini dengan acuan Islam, bukannya sekadar menjadi parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja. Bahkan, Pas bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam,” katanya.
Pas, menurutnya, hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat keseluruhannya. Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata-mata.
“Pas hanya menerima MN yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik PN,” katanya. MG
Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi
Baca Artikel Menarik :
- Roti Gardenia naik 10 hingga 45 sen
- 5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji
- Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’
- Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
- Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
- DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?
- Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur
- Pemain JDT dilatih bersikap sombong – Sanusi
- Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
- Gadis cantik penjual kambing bergelar pelajar universiti
- Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf
Layari Laman Facebook MYKMU
Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji
You must be logged in to post a comment.