Masya Masyitah dengan kontroversi baju tidur
Masya Masyitah dengan kontroversi baju tidur
Penyanyi Masya Masyitah enggan mengusutkan fikirannya dengan perdebatan dan kecaman netizen berhubung satu desas-desas yang mendakwa dirinya telah pun berkahwin dengan seorang jejaka dikenali sebagai Idris Woo.
Masya atau nama lengkapnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff bagaimanapun tidak menafikan, Idrisi merupakan teman istimewanya dan hubungan cinta mereka sudah mendapat restu kedua-dua pihak keluarga.
“Saya malas nak komen lanjut tentang hal ini. Saya tahu ramai yang mengecam apabila video TikTok saya muat naik tempoh hari menjadi tular.
“Tular dan dikecam ramai apabila mereka sewenang-wenangnya mengatakan kami sudah berkahwin hanya kerana menari dengan menggayakan baju tidur.
“Saya nak ingatkan, sewaktu video dirakam, kami bukan berdua-duaan. Di rumah ada ibu saya dan orang lain. Orang nak cakap saya dah kahwin ke apa, saya malas nak layan. Biar mereka berteka-teki,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Kata Masya, 21, dia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat kerana banyak lagi perkara yang ingin digapainya terutama dalam urusan kerjaya.
“Video yang saya kongsi bukan memaparkan adegan kami berpegangan tangan pun. Kalau tanya bila nak kahwin, saya rasa lama lagi tetapi kalau jodoh itu diawalkan, saya sendiri akan khabarkan kepada teman media.
“Saya juga percaya, pihak lelaki juga perlu bersedia dari segi kewangan, mental dan fizikal sebelum ingin berkahwin dengan wanita pilihan.
“Saya juga berharap diberikan privasi berhubung hal peribadi. Saya tidak mahu orang ramai salah faham tapi pada masa sama, malas merunsingkan fikiran dengan hal yang masih belum terjadi,” ujarnya.
Terdahulu, dakwaan Marsya sudah berkahwin mula bertiup kencang apabila dia berkongsi satu video mesra dengan Idris, 23, menari dengan berbaju tidur dalam laman TikTok.
Turut menguatkan desas-desus tersebut, juara Yippi Star Quest 2020 itu turut berkongsi satu hantaran status romantis dalam Instagram yang memaparkan dirinya dengan Idris dengan kapsyen berbunyi: “Every second spent with you is the best moment of my life (setiap detik berlalu dengan anda adalah waktu terindah dalam hidup saya).” K Online
Masya Masyitah dengan kontroversi baju tidur
Baca Artikel Menarik :
- Roti Gardenia naik 10 hingga 45 sen
- 5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji
- Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’
- Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
- Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
- DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?
- Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur
- Pemain JDT dilatih bersikap sombong – Sanusi
- Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
- Gadis cantik penjual kambing bergelar pelajar universiti
- Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.