Darling Ngasri dapat pingat daripada Bomba
Darling Ngasri dapat pingat daripada Bomba
Penerbit dan pelakon Darling Ngasri bersyukur dianugerahkan Pingat Kebesaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini, semalam. Menurutnya, anugerah yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid itu adalah penghargaan terhadap usahanya mengangkat peranan JBPM menerusi karyanya selama ini.
“Kami bekerjasama erat dalam membantu mempromosikan program-program berkaitan bomba. Antara karya yang dihasilkan ialah iklan bomba, novel adaptasi, drama bersiri Hero, filem Hero dan yang terbaru telefilem sempena Aidilfitri di TV3 berjudul Fateema Azahra.
“Ini adalah anugerah kedua dari JBPM kerana pada 2018 saya dianugerahkan Pingat Jasa Bomba,” katanya kepada Harian Metro.
Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri berterima kasih kepada Mohammad Hamdan serta semua warga JBPM atas penghargaan yang diberikan.
“Ini membakar semangat buat saya untuk terus menghasilkan karya-karya menarik berkaitan JBPM pada masa akan datang.
“Tak lupa juga, terima kasih saya buat semua pasukan Ns Star Studio dan karyawan yang pernah terbabit dalam projek-projek bersama bomba. Saya dedikasikan anugerah ini buat mereka semua di belakang tabir yang bekerja keras bersama saya selama ini,” katanya. HM
Darling Ngasri dapat pingat daripada Bomba
Baca Artikel Menarik :
- Roti Gardenia naik 10 hingga 45 sen
- 5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji
- Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’
- Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
- Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
- DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?
- Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur
- Pemain JDT dilatih bersikap sombong – Sanusi
- Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
- Gadis cantik penjual kambing bergelar pelajar universiti
- Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.