Najib Cabar Mahathir Dedahkan Jika Najib Atau Keluarga Pernah Terima Tanah Dari Kerajaan

Oleh Nurul Aisyah

DATUK Seri Najib Tun Razak diberi pilihan rumah milik kerajaan di 3 lokasi dan beliau pilih satu. Itu lah yang dijadikan modal untuk memburukkan DSN. Untuk makluman DSN telah membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut. Namun pihak Pakatan Harapan (PH) dan Mahathir masih cuba memutar belitkan fakta. Oleh itu, rakyat perlu tahu kedudukan sebenar supaya mereka tidak ditipu lagi dengan pembohongan yang berterusan.

Pindaan terhadap Akta Saraan Ahli Parlimen 1980 bertujuan untuk memberi sedikit ganjaran kepada bekas perdana Menteri, akhirnya Dr Mahathir Mohamad mengakuinya. Dalam isu ini, DSN diberi 3 pilihan dan beliau memilih salah satu. DSN langsung tidak “demand” atau mengarah kerajaan memberikan mana-mana lokasi istimewa seperti yang dibuat oleh Mahathir.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Mahathir dikatakan telah membayar tanah di tepi pantai seluas 34 ekar di Langkawi untuk tempoh 60 tahun dengan harga pajakan RM3,200 setahun. Harga ini terlampau murah tidak masuk akal. Ketika tawaran tanah Langkawi ini di beri, anak Mahathir iaitu Mukhriz merupakan Menteri Besar Kedah.

Menurut sumber, anak Mahathir dikatakan turut mendapat tanah balak seluas 1,000 hektar (2,471 ekar). Malah Mahathir didakwa membeli tanah kerajaan di bawah harga pasaran yang sangat tidak masuk akal.

Disamping itu juga, hasil jualan saham syarikat MRCB yang Kadir Jasin tegaskan bahawa beliau cuma jadi proksi itu tidak dapat dikenalpasti. Dalam perkara ini Kadir Jasin berdolak dalih samada beliau adalah proksi UMNO atau pun proksi Mahathir.

DSN telah menolak tawaran rumah dari kerajaan dan beliau minta kerajaan jual tanah tersebut dan sekiranya benar-benar bernilai RM100 juta, sila masukkan hasil jualan tersebut ke dalam tabung untuk disalur sebagai pinjaman tanpa faedah bagi 20,000 penerima dengan nilai RM5,000 seorang.

Selepas 9 tahun DSN berkhidmat sebagai PM, beliau berjaya menaikkan nilai simpanan negara dari RM800b ke RM2 trilion. Dana sekurang-kurangnya RM642 juta yang beliau terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi secara peribadi seperti disahkan mahkamah, DSN juga salurkan sepenuhnya untuk kerja CSR dan program-program Rakyat. Beliau langsung tidak guna untuk kepentingan peribadi pun.

Memandangkan Mahathir asyik meroyan setiap kali kerajaan mahu memberi hak kepada DSN, maka beliau mencabar Mahathir mendedahkan jika beliau dan keluarga pernah menerima apa-apa tanah dari kerajaan.

Tapi bagi kamu dan keluarga kamu?
Tanah Langkawi tetap milik kamu.
Tanah balak tetap milik keluarga kamu.
Tanah Putrajya tetap milik kamu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker