Dakwaan seruan Borneo berpisah dengan semenanjung, Azis Jamman dipanggil polis
Polis telah mengarahkan ahli Parlimen Sepanggar Azis Jamman untuk membantu siasatan berhubung ucapannya di Dewan Rakyat awal bulan ini, ketika dia mendakwa bahawa seruan untuk negeri-negeri di Borneo supaya berpisah dengan Semenanjung semakin lantang.
“Saya mahu rakyat Sabah dan juga rakyat Malaysia yang lain tahu bahawa hari ini saya telah dipanggil oleh polis berhubung ucapan saya yang menyentuh hak rakyat Sabah. (Ini) agak mengecewakan.
“Saya dimaklumkan bahawa perkara ini sedang disiasat dan saya tidak tahu sama ada saya akan didakwa atau tidak tetapi saya berpegang dengan apa yang saya katakan di Parlimen sebelum ini,” kata Azis pada sidang media di Parlimen hari ini.
Dia juga mendesak kerajaan supaya menjelaskan mengapa dirinya satu-satunya ahli parlimen yang dipanggil oleh polis berhubung isu itu kerana terdapat ahli parlimen lain yang menyentuh mengenai perkara yang sama semasa ucapan Bajet 2022 mereka.
“Terdapat ahli parlimen lain yang bercakap mengenai isu sama tetapi agak mengejutkan, kerana hanya saya yang dipanggil dan disiasat.
“Saya harap kerajaan dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini,” kata ahli parlimen Warisan itu.
Pada 9 November lalu, Azis telah memberi amaran bahawa gesaan supaya Sabah berpisah semakin lantang di negeri itu susulan peruntukan “tidak adil” dalam pementangan Bajet 2022.
Presiden Star Jeffrey Kitingan, yang juga adalah ahli parlimen Keningau, turut mendakwa bahawa kira-kira 60 peratus rakyat Malaysia Timur menggesa supaya Sabah dan Sarawak berpisah.
Menurutnya, ramai yang tidak berpuas hati dengan peruntukan yang tidak mencukupi untuk Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2022.
Ahli Parlimen mempunyai kekebalan undang-undang untuk bersuara secara bebas di Dewan Rakyat, tetapi ini tidak terpakai kepada kes melibatkan Akta Hasutan 1948.
Dakwaan seruan Borneo berpisah dengan semenanjung, Azis Jamman dipanggil polis
Baca Artikel Menarik:
- Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 2 mulai Khamis ini – Ismail
- Guru diasingkan di setor tukang cuci (video)
- Duit GKP 4.0 Fasa 2 masuk, peniaga bersyukur
- Influencer dibunuh peminat nombor satunya
- Banyak alasan di Melaka, PN dan PH sila buktikan di PRN Sarawak
- KWSP i-sayang: Pindah ke akaun isteri
- PRN Sarawak: PKR semakin goyah
- Tok Mat maklumkan lantik wakil Bersatu sebagai EXCO tiada keperluan
- Polis hanya tahu dana 1MDB dipegang suami Zeti pada 2019
- Pemandu mabuk ajak polis bergaduh undang padah
- Isteri curang, pilih Bangla(Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.