Zakat Daripada Harta Warisan

Zakat Daripada Harta Warisan

Kebanyakan ulama mengatakan zakat harta warisan tidak wujud kerana tiada dalil mengenainya. Pun begitu, memandangkan harta warisan yang ditinggalkan adalah dalam bentuk harta, maka atas dasar itulah ia dikenakan zakat.

Ia bertepatan dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah: 267, “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan daripada bumi untuk kamu.

Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji.”

– Harta warisan yang telah memenuhi nisab dan haul, wajib dikeluarkan zakat. Tetapi sebaik-baiknya ia dibayar terus sebaik harta berpindah milik agar tidak terlupa akan tanggungjawab membayar zakat berkenaan.

– Ada dua pandangan tentang kadar zakat daripada harta warisan. Sebahagian ulama menetapkan kadarnya 20 peratus atas dasar harta yang diperoleh adalah harta yang didapati tanpa ada usaha (harta rikaz). Manakala sebahagian ulama berpendapat, kadar peratusnya ialah 2.5 peratus atas dasar harta yang diperoleh adalah dalam bentuk harta seperti simpanan atau hasil perniagaan.

– Terdapat tiga pandangan ulama ke atas harta warisan yang ditinggalkan oleh si mati dalam urusan pembayaran hutang khususnya hutang kepada Allah dan termasuk di dalamnya zakat:

Pendapat pertama: Menjadi keutamaan untuk membayar hutang zakat yang tidak dibayar terlebih dahulu oleh si mati yang boleh diambil daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dalam hal ini hak Allah perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum melangsaikan hutang-hutang dengan manusia. Ini pandangan Ibnu Hazim al-Zohiri.

Pandangan kedua: Tidak wajib waris melangsaikan hutang tersebut kerana perintah membayar zakat itu terputus atau gugur sebaik sahaja seseorang itu mati. Bahkan tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab si mati melainkan si mati ada meninggalkan wasiat agar waris membayarkan zakat-zakat yang tidak pernah dibayar semasa hayatnya.

Dalam hal ini wajib bagi waris melaksanakan wasiat tersebut setelah ditolak kos pengebumian dan hutang-hutang lain si mati dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada harta yang ditinggalkan.

Pandangan ketiga: Waris perlu melunaskan hutang zakat tersebut yang diambil daripada harta si mati yang ditinggalkan. Pandangan ini diterima oleh kebanyakan ulama fuqaha.

Jenis Harta Yang Termasuk Kategori Harta Pusaka

* Semua harta yang ditinggalkan oleh si mati yang diperoleh semasa hayatnya secara halal seperti melalui jual beli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.

* Sewaan yang belum dijelaskan kepada si mati

* Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian

* Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) si mati

* Barang yang terbit selepas mati seseorang daripada usaha si mati semasa hayatnya.

Harta Pusaka Tidak Termasuk

* Harta yang telah diberi, dijual, diwakafkan dan yang dipegang amanah oleh si mati kepada seseorang semasa hayatnya.

* Khairat kematian

* Pemberian daripada orang-orang yang menziarahi kematian

* Faedah kematian/amaun tambahan KWSP

* Imbuhan, pampasan dan sagu hati

* Pencen

* Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969 (Perkeso)

* Harta yang dipinjamkan

Tanggungjawab Waris Menunaikan Hak Si Mati Ke Atas Harta Pusaka

Sebelum pembahagian harta pusaka, waris wajib menyelesaikan perkara berikut :

* Membelanjakan urusan pengkebumian sekadar yang wajib sahaja

* Menjelaskan hutang si mati

* Hutang kepada Allah S.W.T. seperti zakat, kafarah, nazar, haji dan fidyah.

* Hutang kepada manusia

Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.

Zakat Daripada Harta Warisan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker