Serangan saat akhir terhadap UMNO tetap gagal

PONTIAN: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu membuktikan jentera pilihan raya gabungan itu telah membulatkan tekad untuk bekerja bagi kemenangan parti tanpa menghiraukan agenda pihak lawan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun menghadapi ‘serangan’ pada saat-saat akhir menjelang hari pengundian, perkara itu langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk terus bekerja.

Katanya, ia sebenarnya kekuatan BN yang terpaksa berhadapan dengan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan teknik sama seperti dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk melemahkan BN.



Menurut beliau, tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada BN dan UMNO tidak sedikit pun melemahkan semangat jentera yang datang dari seluruh negara ke Melaka selama lebih tiga minggu.

“Tumpuan dan fokus kami adalah bagi membantu calon-calon yang bertanding dan tidak membalas apa juga dakwaan serta tohmahan yang dilemparkan kepada BN dan UMNO.

“Jentera pilihan raya tempatan dan jentera angkat yang berkampung di sana telah memainkan peranan penting di 28 buah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kawasan Parlimen.

“Walaupun ada prosedur operasi standard (SOP) tertentu sepanjang kempen yang dijalankan , namun mesyuarat dan jentera telah dibenarkan bagi membolehkan mereka membuat gerak kerja yang tersusun,” katanya ketika menziarahi keluarga Ketua UMNO Cawangan Kampung  Dalam, Allahyarham Nor Hayon Abd. Azim yang meninggal dunia baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE



Serangan saat akhir terhadap UMNO tetap gagal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adun DAP mahu Anwar berundur sebagai ketua pembangkang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker