Berani berubah faktor BN menang

MELAKA: Perubahan yang di­bawa dalam UMNO dengan me­nampilkan muka-muka ba­ha­ru bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Mela­ka menjadi faktor parti itu diterima pengun­di sehingga berjaya mencatat kemenangan dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri.

Perubahan berani yang dila­kukan itu juga berjaya me­me­nu­hi aspirasi golongan atas pagar yang mempunyai pe­tunjuk pres­tasi utama (KPI) masing-masing dalam menilai parti yang bertanding.

Kemenangan besar Bari­san Nasional (BN) menawan 21 kerusi daripada 28 yang ditandingi juga dibantu tindakan parti-parti lawan yang masih menampilkan ikon-ikon yang dianggap tidak lagi rele­van dalam kala­ngan pengundi muda, sebaliknya mereka dianggap menyusahkan rakyat.

Malah, DAP sendiri menganggap kekalahan parti itu yang hilang tiga kerusi berpunca daripada perubahan mood orang muda yang beralih kepada parti lain yang seiring dengan jiwa mereka.

Ketika dihubungi, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn, Dr. Md. Akbal Abdullah berkata, kecekapan organisasi BN yang belajar daripada pengalaman lalu dengan melakukan perubahan menyebabkan parti itu diterima rakyat.

“Pengundi sudah belajar letak KPI sendiri yang mesti dicapai oleh wakil rakyat. Tindakan BN menggantikan muka-muka lama dengan baharu menjadikan jentera UMNO dan BN semakin mantap. Sebenarnya orang-orang lama itu bukan dibuang tetapi adalah satu gabungan,” katanya di sini.

Beliau berkata, UMNO berjaya melepasi ujian dengan melakukan perubahan yang pasti akan menjadi trend dan ikutan parti-parti lain dalam pilihan-pilihan raya selepas ini termasuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun isunya pada masa itu skalannya berbeza.

Penolong Setiausaha Organi­sasi Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong pula berkata, meskipun PN hanya memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Udang dan Bemban, hakikatnya mereka memintas sokongan orang muda lantas memberikan kelebihan kepada BN untuk menang besar dalam percaturan kali ini.

Katanya, kemenangan BN di 21 kerusi pula disumbangkan oleh penyokong setia parti itu dan bukannya kerana peralihan sokongan pengundi muda atau pengundi atas pagar.

“Kita lihat PN berjaya menarik undi terutama undi daripada golongan muda. Setiap saluran saya tengok PN berjaya dapat undi orang muda. Kalau tahun 2018, tiga penjuru kita dapat manfaat daripada tiga penjuru tersebut.

“Banyak kerusi yang kita menang kerana tiga penjuru. Tapi kali ini nampaknya tiga penjuru itu memihak kepada BN. BN menang sebab PN berjaya menarik undi orang muda, lantas menyebabkan BN menang PRN Melaka,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pas mengakui terdapat akar umbi menyokong dan mengundi calon BN menjadi punca kekalahan Perikatan Nasional (PN).

Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek berkata, terdapat kebanyakan ahli Pas menyokong perjuangan Muafakat Nasional (MN) dan menganggap kerjasama itu masih utuh walaupun parti itu bertanding menggunakan logo PN.

Katanya, sekalipun terpaksa bertembung dengan calon UMNO dan BN namun mereka menyifatkannya persaingan atas dasar persahabatan asalkan dapat menewaskan Pakatan Harapan (PH).

“Kita tidak boleh kawal ahli-ahli Pas untuk mengundi mana. Itu terserah kepada hak masing-masing sepertimana berlaku melibatkan ahli Pas Lendu sebelum ini yang secara terbuka menyokong calon BN.

“Bagi kita tiada masalah dalam soal ini, asalkan PH tewas. Namun BN dan UMNO perlu berterima kasih kepada ahli-ahli Pas kerana membantu kemenangan besar mereka dalam PRN Melaka,” katanya.

Pada PRN Melaka, BN menang 21 kerusi, Pakatan Harapan (PH) lima manakala PN dua kerusi. – UTUSAN ONLINE

Berani berubah faktor BN menang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nik Abduh ucap tahniah kepada BN, minta PAS muhasabah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker