BN menang bergaya, tubuh kerajaan di Melaka
BN berjaya membentuk kerajaan negeri Melaka apabila mencatatkan kemenangan dengan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
Sehingga pukul 9.30 malam, BN telah memenangi 20 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.
Keputusan itu menunjukkan BN mencatatkan prestasi lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila mereka mendapat 13 kerusi dan hilang kuasa kepada PH selama 22 bulan sebelum berlaku Langkah Sheraton yang menyebabkan pertukaran kerajaan Persekutuan yang mana Melaka turut terkena tempiasnya.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga 9.30 BN menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Ayer Molek, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau, Sungai Rambai dan Pengkalan Batu.
Keputusan pilihan raya ini turut menyaksikan perubahan sokongan golongan atas pagar yang mahu melihat sebuah kerajaan yang stabil selepas kebanyakan rakyat muak untuk melihat polemik politik yang berpanjangan ketika negara masih berperang dengan ancaman Covid-19.
Paling menarik perhatian apabila calon BN, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berjaya menewaskan calon Ketua Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kerusi DUN Tanjung Bidara dengan 3,558 undi.
BN juga berjaya merampas kerusi yang sebelum ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) seperti Klebang, Gadek dan Machap Jaya.
Calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri yang baharu di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam, hari ini.
Sebanyak 112 calon daripada BN, PH, PN, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) termasuk 22 calon Bebas bertanding dalam pilihan raya ini.
PKR terima tamparan hebat tewas semua kerusi ditandingi
Sementara itu sebanyak 61 peratus keluar mengundi setakatk pukul 4 petang.
SPR sebelum ini menyasarkan 70 peratus daripada 476,037 pengundi dijangka keluar mengundi di 217 pusat mengundi.
Senario itu secara tidak langsung mencerminkan pendirian rakyat yang belum bersedia untuk berdepan pilihan raya umum (PRU), meskipun negara sudah diumumkan memasuki fasa endemik.
Rata-rata pengundi dikatakan enggan keluar membuang undi kerana risau pandemik Covid-19, biarpun kadar populasi dewasa yang selesai dua dos vaksinasi adalah 95.6 peratus.
Apa yang terjadi semalam juga membuktikan ‘pemboikotan’ rakyat terhadap sesetengah ahli politik yang dianggap langsung tidak memahami kesusahan dihadapi mereka.
Ramai yang menjangkakan peratusan mengundi di bawah 70 peratus daripada 476,037 pengundi hanya terjadi seandainya berlaku gangguan cuaca sama ada banjir atau hujan lebat.
PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu selepas empat ahlinya menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
PRN Melaka dianggap menarik kerana selain norma baharu yang tidak membenarkan kempen secara terbuka, ia juga menjadi penanda aras kepada pilihan raya lain termasuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas ini terutamanya dari segi prosedur operasi standard (SOP).
BN menang bergaya, tubuh kerajaan di Melaka
Baca Artikel Menarik:
- Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO
- Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah
- Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO]
- PRN Melaka: BN dijangka menang, vote swing kepada mereka – Ilham Centre
- PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang
- Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan
- Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan (video)
- PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu
- ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]
- Roti Canai Kayu Arang Viral
- Khasiat bunga telang, bukan sembarangan bunga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Melaka: 4 pengerusi negeri dari PPBM, PAS, DAP dan Gerakan tewas
You must be logged in to post a comment.