Annuar Musa kata gangguan seksual tak perlu diperbesarkan

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pemain dalam industri seni ta­nah air tidak memperbesarkan isu gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan mereka.

Jelasnya kepada Mingguan Malaysia, pemain industri seharusnya lebih mengutamakan hal-hal positif daripada isu-isu terpencil yang didakwa berlaku.

“Saya rasa isu itu tak perlu diperbesarkan. Fokus pada perkara positif daripada kes-kes terpencil,” katanya.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan beberapa pemain industri berhubung isu gangguan seksual yang berlaku ke atas artis, selebriti dan kru produksi.

Ditanya adakah perkara positif yang dimaksudkan adalah membangunkan dan terus meningkatkan kualiti industri seni tanah air, Annuar menjawab: “Ya.”

Sebelum ini, pelakon, Namron mendedahkan gangguan seksual dalam industri tidak hanya berlaku kepada wanita sebaliknya lebih ramai artis lelaki yang berdepan isu tersebut.

Malah pelakon, Sharifah Amani juga mendedahkan golongan kru produksi turut berdepan isu tersebut yang sudah lama ‘bernanah’ dalam industri.

Mengulas isu itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, pihaknya tidak menerima aduan berikutan ramai mangsa takut dan bimbang terjadi perkara yang tidak baik terhadap mereka.

Sehubungan itu beliau meminta mereka yang terbabit tampil membuat laporan agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pelaku terbabit.

Annuar Musa kata gangguan seksual tak perlu diperbesarkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: 4 pengerusi negeri dari PPBM, PAS, DAP dan Gerakan tewas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker