PRN Melaka: Biarpun ‘terlantar’ Tawab Katab tetap turun mengundi

Sebaran :

Tawab yang tiba di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan Merlimau menaiki ambulans diusung masuk bagi proses pembuangan undi

JASIN – Seorang warga emas yang terlantar akibat sakit tua tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimaudalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.

Tawab Katab, 84, tiba di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan Merlimau, di sini menaiki ambulans pada jam 11 pagi ditemani anaknya, Noor Herda Yanny Tawab, 40.

Katil yang diturunkan dari ambulans kemudian ditolak masuk ke pusat mengundi sebelum ke saluran pengundian.

Difahamkan Tawab tidak kuat untuk memegang alatan menulis.



Petugas SPR membantu Tawab dalam proses pembuangan undi.

Warga emas itu turut dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)untuk proses mengundi.

Kertas undi berkenaan kemudiannya dimasukkan ke peti undi oleh petugas SPR sambil disaksikan oleh ejen tempat mengundi.

Seramai 14,014 pengundi berdaftar bagi kerusi DUN Merlimau yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).



Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

PRN Melaka: Biarpun ‘terlantar’ Tawab Katab tetap turun mengundi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRN Melaka: Seteru politik, Idris dan Mohamad Ali hampir bertembung


Sebaran :

Leave a Reply