Calon SPM parah jatuh tingkat 4
Calon SPM parah jatuh tingkat 4
KULAI – Seorang pelajar tingkatan lima dilaporkan cedera parah selepas dipercayai terjun dari tingkat empat sebuah sekolah di daerah ini dalam kejadian pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian membabitkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berlaku pada pukul 1.26 tengah hari.
“Pada 16 November lalu, pihak kami menerima panggilan memaklumkan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun terjun dari bangunan sekolahnya.
“Siasatan awal mendapati mangsa bertindak demikian selepas selesai ujian. Remaja tersebut dikatakan pergi ke koridor bangunan tingkat empat sebelum bertindak terjun,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Mangsa yang cedera parah ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut.
Kejadian itu menyebabkan remaja tersebut cedera di bahagian kepala dan muka selain patah kedua-dua belah tangan.
Mangsa yang dipercayai mengalami tekanan dipercayai akibat masalah peribadi turut mengalami kecederaan dalaman.
Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk mendapatkan rawatan.
“Setakat ini polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri. K Online
Calon SPM parah jatuh tingkat 4
Baca Artikel Menarik :
- Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO
- Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah
- Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO]
- PRN Melaka: BN dijangka menang, vote swing kepada mereka – Ilham Centre
- PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang
- Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan
- Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan (video)
- PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu
- ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]
- Roti Canai Kayu Arang Viral
- Khasiat bunga telang, bukan sembarangan bunga
Layari Laman Facebook MYKMU
Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin