Lelaki Bangladesh ditahan cabul bini orang
Lelaki Bangladesh ditahan cabul bini orang
TINDAKAN lelaki warga Bangladesh menyentuh punggung ‘isteri orang’ membawa padah apabila ditahan di Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulai, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 27 tahun ditahan selepas mencabul wanita berusia 30 tahun itu berdekatan sebuah pasar raya.
Katanya, anggota ronda dari Balai Polis Kelapa Sawit menerima arahan untuk menahan suspek pada 7.45 petang.
“Arahan itu diterima daripada Pejabat Pertanyaan di balai berkenaan untuk ke lokasi kejadian susulan penahanan suspek oleh orang awam.
“Setibanya di lokasi kejadian, polis membuat tangkapan semula di lokasi berkenaan,” katanya ketika mengesahkan penahanan suspek terbabit.
Beng Yeow berkata, berdasarkan aduan mangsa, suspek mengekorinya dari arah belakang.
“Mangsa dalam laporannya mendakwa dia sedang melalui lokasi bersebelahan sebuah pasar raya bersama anaknya.
“Ketika kejadian suspek menyentuh bahagian punggung mangsa,” katanya.
Beliau berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Katanya, permohonan reman diperoleh sehingga Sabtu ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). HM
Lelaki Bangladesh ditahan cabul bini orang
Baca Artikel Menarik :
- Gambar intim Baby Shima tular
- Fenomena ‘Mana Mana Rancak, Berdosa!’ Jadi Trend (video)
- Benjolan di hadapan baju, Riena Diana tampil menjawab
- Punca ibu tunggal pilih Caprice
- Peguam mengamuk campak duit depan balai polis
- Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA [Siri 1]
- Ginie Lim sekolahkan Azmin
- Muhyiddin tiada faktor ‘wow’
- Pesara bingung simpanan tetap dalam bank lesap
- Muhyiddin hanya ulang cerita basi – Tok Mat
- PRN Melaka: BN yakin menang 18 kerusi – Tok Mat
Layari Laman Facebook MYKMU
Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
You must be logged in to post a comment.