PRN Melaka: Enam calon ‘Berani Semuka’ pada malam kemuncak

MELAKA – Enam calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal berkongsi pentas untuk berdebat menerusi Program Berani Semuka anjuran Sinar Harian yang akan berlangsung malam kemuncak esok.

Calon-calon yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu masing-masing terdiri daripada calon Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PN), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Bebas.

Ketua Pengarang Grup Sinar Harian, Rozaid Rahman berkata, inisiatif Sinar Harian menyediakan pentas Berani Semuka sebagai proses meraikan demokrasi.



“Dalam proses meraikan demokrasi, kita sentiasa mengharapkan satu gerakan politik yang mampu mengangkat kematangan kita ke tahap yang seterusnya sama ada dalam berhujah, berbicara mahupun mengemukakan gagasan atau idea baru.

“Itulah yang diinginkan oleh Sinar Harian apabila ia memperkenalkan program Berani Semuka yang dilancarkan pada tahun lalu.

Muhyiddin tiada faktor ‘wow’



“Kini di PRN Melaka, Berani Semuka menemukan enam calon yang berani bersemuka untuk membicarakan tentang aspirasi masing-masing dan bersedia menjawab sebarang pertanyaan mengenai pendirian mereka, parti mereka dan wawasan yang ingin mereka bawa kepada para pengundi dan rakyat negeri Melaka.

“Inilah yang dinamakan demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya. Moga ia membawa manfaat kepada semua,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan hari pembuangan undi bagi PRN Melaka pada Sabtu ini.

Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.



Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

PRN Melaka: Enam calon ‘Berani Semuka’ pada malam kemuncak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker