Tuduhan seleweng dana RM33j, cuba tanya Idris

Tuduhan seleweng dana RM33j, cuba tanya Idris

Najib Razak menyanggah dakwaan calon ketua menteri Pakatan Harapan (PH) Adly Zahari bahawa BN menggunakan wang pampasan – bernilai RM33 juta – yang sepatutnya diagihkan kepada nelayan negeri itu.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu sebaliknya meminta Adly mengajukan persoalan itu kepada calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Idris Haron.



Untuk rekod Idris menjadi ketua menteri Melaka semasa semasa BN menjadi kerajaan dan berkhidmat di jawatan itu dari 2013 hingga 2018 sebelum PH memenangi pilihan raya umum (PRU) pada 2018.

“Saya perhatikan puak PH ini semakin gila menjelang hari mengundi PRN Melaka. Satu persatu tuduhan rawak mula dikeluarkan mereka terhadap BN,” katanya di Facebook hari ini.

Menurut Najib, Adly “tiba-tiba” membuat sidang media pagi tadi dengan mendakwa kerajaan BN dahulu menyalahgunakan peruntukkan RM33 juta untuk membayar pampasan kepada golongan nelayan.

“Eh… kami tak tahu jika tuduhan kamu pagi ini benar atau tidak. Sebab itu saya saran kamu tanya pada calon PH untuk DUN Asahan (Idris).



“Selepas korang bincang, barulah kamu beritahu cerita sebenar,” tambah Najib.

Pagi tadi selepas melawat nelayan di Kelebang Adly mendakwa selepas PH memenangi PRU lalu, kerajaan negeri mendapat mereka berhutang sebanyak kira-kira RM33 juta kepada nelayan Melaka dan ia tidak pernah dibayar.

Pampasan itu adalah berkaitan dengan kerja-kerja penambakan laut untuk pembesaran Pelabuhan Tanjung Bruas yang memberi kesan buruk kepada kehidupan nelayan.

Kata Adly kerajaan BN telah menggunakan dana yang disasarkan untuk nelayan itu bagi membayar gaji kakitangan awam dan menjalankan acara kerajaan kerana kekurangan dana.



Tambahnya di bawah kepimpinan PH, kerajaan negeri berusaha mengumpul wang bagi menampung dana yang habis dan mengagihkan kira-kira RM8 juta kepada nelayan sebelum kerajaan negeri tumbang pada Mac 2020 akibat pembelotan.

Kerajaan PH Melaka tumbang pada Mac 2020 akibat pembelotan beberapa Adun mereka sebelum gabungan BN-Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan baru.

Bagaimanapun kerajaan gabungan itu juga tumbang apabila empat Adunnya – termasuk Idris – membatalkan sokongan kepada ketua menteri ketika itu, Sulaiman Md Ali.

Idris kemudian dipecat daripada Umno dan kini diletakkan sebagai calon PH di Asahan.



Kempen 12 hari untuk pilihan raya Melaka akan berakhir Jumaat ini dan pengundi akan keluar membuat penentuan kerajaan baru pada Sabtu.

Tuduhan seleweng dana RM33j, cuba tanya Idris


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini



Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker