Tak Sangka! Malaysia Duduki Tangga Ke-10 Obses Dengan K-Pop Di TikTok
Tak Sangka! Malaysia Duduki Tangga Ke-10 Obses Dengan K-Pop Di TikTok
APLIKASI TikTok membuktikan pengaruhnya dalam industri muzik apabila sebuah kajian membuktikan impak platform itu terhadap muzik dan budaya fandom K-pop.
Kajian yang dibangunkan bersama kerjasama Kpop Radar itu mendedahkan pertumbuhan dalam kandungan berkaitan muzik dari Korea Selatan itu sejak tiga tahun lalu dengan bilangan video berkaitan meningkat tiga kali ganda daripada 33.5 juta pada 2019 kepada 97 juta sehingga September 2021.
Daripada jumlah itu, 92.8 peratus video yang dimuat naik adalah dihasilkan luar dari Korea dengan Indonesia muncul sebagai pencipta teratas dengan 16.4 peratus.
Angka itu diikuti rapat oleh Filipina (13.5 peratus) dan Amerika Syarikat (8.7 peratus) manakala Malaysia menduduki tangga ke-10 dengan 2.8 peratus.
TikTok juga menjadi platform menghubungkan semua peminat K-pop termasuk dalam memperkenalkan pencinta muzik itu kepada lagu dan artis Korea yang baharu.
Kegilaan terhadap artis K-pop seperti BTS telah membuatkan ia menular sehingga ke TikTok.
Sebagai contoh, lagu lama kumpulan TWICE iaitu What is Love dan Making a Lover menyaksikan kebangkitan semula dalam aplikasi itu selain lagu Mommy Son F The World dan Colors nyanyian Stella Jang menjadi tular dan membantu melancarkan karier muziknya.
Populariti Money nyanyian Lisa Blackpink juga melonjak apabila pengguna TikTok mula membandingkannya dengan kejayaan siri Netflix, Squid Games.
Malah platform itu telah melihat lebih daripada 3.1 juta video mengambil inspirasi daripada muzik K-pop dan mendapat 9.1 bilion tontonan.
Selain itu, TikTok juga telah mentakrifkan semula cara peminat berinteraksi dengan idola mereka. Artis K-pop generasi keempat seperti BDC dan Weekly telah berjaya mendapat pengikut besar di TikTok dengan memanfaatkan cabaran dan ciri kreatif aplikasi itu.
Begitu juga pengikut TikTok STAYC melonjak hampir lima kali ganda sepanjang enam bulan lalu. Populariti berterusan mereka di TikTok malah telah mendorong mereka untuk melancarkan single di aplikasi itu.
“TikTok telah mengubah cara orang ramai mendalami muzik K-pop. Memandangkan K-pop sangat digemari oleh komuniti TikTok Global, kami akan terus melakukan inisiatif untuk artis dan peminat,” kata Ketua Pembangunan Perniagaan Global TikTok Korea, Jay Bae.-mSTAR
Tak Sangka! Malaysia Duduki Tangga Ke-10 Obses Dengan K-Pop Di TikTok
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Gambar intim Baby Shima tular
- Fenomena ‘Mana Mana Rancak, Berdosa!’ Jadi Trend (video)
- Benjolan di hadapan baju, Riena Diana tampil menjawab
- Punca ibu tunggal pilih Caprice
- Peguam mengamuk campak duit depan balai polis
- Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA [Siri 1]
- Ginie Lim sekolahkan Azmin
- Muhyiddin tiada faktor ‘wow’
- Pesara bingung simpanan tetap dalam bank lesap
- Muhyiddin hanya ulang cerita basi – Tok Mat
- PRN Melaka: BN yakin menang 18 kerusi – Tok Mat
Layari Laman Facebook MYKMU</a