#PRNMELAKA2021: Saya lebih layak jadi Ketua Menteri
Oleh Megat Terawih
Tinggal beberapa hari sahaja lagi hari yang akan menentukan siapa yang akan menjadi Ketua Menteri melalui kemenangan parti yang perolehi majoriti dari parti yang bertanding.
Di sebelah UMNO BN, sejak dari awal lagi, pucuk pimpinan pusat menamakan Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri sekiranya BN menguasai kerusi majoriti dalam pilihanraya negeri kelak.
Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali adalah bekas Ketua Menteri Melaka sebelum Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan.
Menariknya di pihak Pakatan Harapan, ada tiga nama yang disebut-sebut dan kesemuanya dikatakan mendapat perkenan Anwar Ibrahim selaku Presiden parti. Adly, Samsul Iskandar dan tidak lupa Idris Harun.
Adly Zahari juga bekas Ketua Menteri. Beliau dari parti PAN, naik menjadi Ketua Menteri dengan sokongan kuat DAP. Merasa duduk di kerusi empuk hanya lebih kurang 22 bulan sebelum kerusi tersebut diambil oleh BN.
Idris Haron, bekas Ketua Menteri kerajaan BN sebelum tumbang pada PRU14 dan akhirnya belot dan menjadi budak Anwar.
Shamsul Iskandar, penyokong setia Anwar yang juga ahli parlimen serta pernah duduk di kerusi Timbalan Menteri sebaik sahaja Pakatan Harapan menang di pilihanraya umum ke 14. Beliau antara nama yang disebut-sebut calon utama PKR sebagai Ketua Menteri berdasarkan pencapaian akademik, kesetiaan dan pengalaman sebagai timbalan menteri. Walaupun singkat hanya 22 bulan namun sepanjang tempoh berkenaan beliau membuktikan kekuatannya di akar umbi parti PKR.
Kali ini Shamsul Iskandar dikatakan tidak bertanding di kampung sendiri memandangkan beliau tidak selesa, bakal kalah di kawasan sendiri. Kalah teruk. Maka keputusan dibuat bertanding ‘lari’ dari Hang Tuah Jaya ke Dun Paya Rumput.
Tambah sumber dalaman parti, DAP lebih menyokong Adly Zahari sebagai Ketua Menteri dan bukannya Shamsul.
Saya lebih layak! – tegas Sam.