Kes pengarah syarikat didakwa 4 pertuduhan rasuah RM15 juta: Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi

Kes pengarah syarikat didakwa 4 pertuduhan rasuah RM15 juta: Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi

Kes pengarah syarikat didakwa 4 pertuduhan rasuah RM15 juta: Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi
Gambar fail

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyediakan pernyataan bertulis mengandungi fakta memihak kepada seorang pengarah syarikat berhubung empat pertuduhan rasuah RM15 juta.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hashim Hamzah, secara sebulat suara memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi telah terkhilaf kerana memaksa pendakwaan menyediakan fakta yang memihak kepada pembelaan.

Hashim berkata, Mahkamah Tinggi juga terkhilaf apabila memutuskan bahawa Seksyen 51A(1)(c) Kanun Tatacara Jenayah adalah setara dengan Seksyen 51 kanun sama di sisi perundangan.

Turut bersidang ialah Hakim Datuk Azizul Azmi Adnan dan Datuk Faizah Jamaludin.

Mahkamah Rayuan memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi dan mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan Datuk Seri Sim Choo Thiam bagi mendapatkan pernyataan itu.

Mahkamah Sesyen menetapkan 30 Jun ini sebagai tarikh sebutan kes rasuah Choo Thiam, 55.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Pada 10 Mei 2023, Choo Thiam didakwa meminta rasuah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong, melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad sebagai dorongan untuk bekas menteri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, memberikan projek kepada syarikat itu.

Choo Thiam turut berdepan tiga pertuduhan menerima rasuah RM15 juta daripada individu sama sebagai dorongan untuk Hamzah melakukan perkara serupa.

Choo Thiam didakwa melakukan perbuatan itu di dua lokasi, iaitu Pejabat Shaas Holdings serta tempat letak kereta di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, antara Jun dan Julai 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 4 Julai 2023, Choo Thiam memohon agar pendakwaan menyediakan pernyataan bertulis mengandungi fakta yang memihak kepada pembelaan beliau bawah Seksyen 51A (1)(c) Kanun Tatacara Jenayah selepas Mahkamah Sesyen pada September tahun sama, menolak permohonannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi


Choo Thiam mendakwa SPRM hanya mengambil kenyataan Hamzah, yang namanya disebut dalam pertuduhan terhadap beliau, selepas dia didakwa di mahkamah.

Pada 21 Mac 2024, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan semakan Choo Thiam dan mengarahkan SPRM menyediakan pernyataan itu selepas mendapati wujud fakta yang memihak kepadanya untuk didedahkan oleh pendakwaan kepada tertuduh sebelum perbicaraan, dan ini menyebabkan pendakwaan mengemukakan rayuan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Farah Ezlin Yusop Khan, Dr Ifa Sirrhu Samsudin, Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Low Wei Loke serta Kee Wei Lon pula mewakili Choo Thiam.

Kes pengarah syarikat didakwa 4 pertuduhan rasuah RM15 juta: Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker