PKP3.0: Pemuda UMNO desak pemberian moratorium

Sebaran :


KUALA LUMPUR – “Apa guna Proklamasi Darurat jika tidak dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat?”

Itu nada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional (PN), esok.

Berikutan itu, Asyraf berkata sayap UMNO itu menggesa kerajaan memanfaatkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk mengarahkan institusi kewangan memberikan moratorium secara automatik kepada kumpulan rakyat tertentu.



“Ramai yang mengadu susah dan makin tertekan dengan hambatan ekonomi yang kian meruncing lantaran pengurangan pendapatan yang mendadak akibat PKP yang menghadkan pergerakan dan membantutkan usaha memulihkan perniagaan masing-masing.

“Hakikatnya tiada satu bank ataupun institusi kewangan yang rugi jauh sekali muflis akibat penawaran moratorium waktu PKP kali pertama dilaksanakan dulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asyraf juga berkata, pemberian moratarium itu juga perlu diberikan tanpa mengenakan sebarang caj tambahan ataupun keuntungan terakru.



“Di mana fungsi Ordinan Darurat jika pihak tertentu dibiarkan mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat.

Bekas timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membuat kenyataan berkenaan setelah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP 3.0 kan dilaksanakan di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun depan.

Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat berikutan trend kes-kes harian pandemik itu yang semakin meningkat, justeru langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi membendung penularan Covid-19 perlu dilaksanakan.



Untuk rekod, semasa pelaksanaan PKP 1.0 pada Mac tahun lalu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) melaksanakan moratorium secara automatik selama enam bulan kepada peminjam.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, sebelum ini berkata, hingga 20 Julai lalu, nilai moratorium yang diberikan ialah sebanyak RM59 bilion, sekali gus memberi manfaat buat 7.7 juta rakyat Malaysia atau 93 peratus daripada peminjam individu. MG

Rasional Pengeluaran KWSP: Pendedahan Hujah dan Jawapan Saya Kepada Menteri Kewangan


Sebaran :

Leave a Reply