PBB ramal PKR bakal ‘lenyap’ pada PRN Sarawak
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Karim Rahman Hamzah meramalkan PKR akan gagal memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.
“Saya tak beri peluang kepada PKR pada pilihan raya negeri akan datang ini. Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, saya rasa mereka akan menang sifar kerusi.
“Saya mungkin kedengaran angkuh tetapi melihat kepada kepimpinan PKR Sarawak sekarang, saya rasa mereka tidak akan memperoleh satu kerusi pun,” katanya dipetik Borneo Post.
Abdul Karim mengulas kenyataan setiausaha PKR Sarawak, Joshua Jabeng bahawa parti itu akan meletakkan seramai 47 calon pada PRN Sarawak yang diadakan sebelum sambutan Krismas bulan depan.
PKR, DAP dan Amanah telah mencapai kata sepakat dalam agihan kerusi di negeri itu. DAP akan meletakkan seramai 26 calon manakala Amanah akan menurunkan sembilan calon.
Pada masa ini, ketiga-tiga parti itu tidak menjalinkan kerjasama dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB), yang memiliki enam Adun sebelum DUN dibubarkan pada 3 Nov lalu.
PKR Sarawak memenangi tiga kerusi pada pilihan raya negeri 2016. Bagaimanapun, ketiga-tiga ADUN itu melompat parti bersama ramai penyokong mereka.
Mengenai peluang PSB, Abdul Karim berkata dia tidak menjangkakan parti itu akan beraksi dengan baik.
“Kami hormat PKR, PSB dan semuanya tetapi kami telah melalui banyak pilihan raya. Selalu ada parti politik yang mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding kira-kira 40 malah kesemua 82 kerusi tetapi akhirnya mereka hanya boleh memenangi satu atau dua kerusi,” katanya.
Abdul Karim menganggap PSB sebagai kumpulan serpihan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang kini menempatkan mereka yang tidak berpuas hati dengan PBB, PKR dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Dia berkata ahli PSB juga tidak berkongsi ideologi yang sama.
Abdul Karim optimis Gabungan Parti Sarawak yang melibatkan PBB, PRS, SUPP dan Parti Demokratik Progresif (PDP) akan menang besar pada PRN berkenaan. Mk
PBB ramal PKR bakal ‘lenyap’ pada PRN Sarawak
Baca Artikel Menarik :
- Sanusi sindir TMJ lagi, diet sakan tak boleh menang juga
- Pedofil paksa remaja ukir nama pada payudara
- Rupanya objek keras dan tajam – Daphne Iking
- Peminjam B50 boleh mula mohon URUS
- PRN Melaka: Aku Janji PN hanya silap mata Muhyiddin?
- PRN Melaka: Calon PN hanya mampu jaja nama ‘Abah’
- Siakap vs empurau, mana lagi mahal?
- Makanan paling mahal dalam dunia, ayam selasih
- 5 Makanan Kayangan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia
- Doktor bidas Rita Rudaini
- Lokasi Kaum Thamud Yang Diazab Oleh Allah S.W.T Dan Kisah Nabi Salleh A. S [FOTO]
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro
You must be logged in to post a comment.