Harga ayam naik, penternak salahkan harga dedak mahal
Harga ayam naik, penternak salahkan harga dedak mahal
Kenaikan harga ayam yang menimbulkan rungutan pengguna tidak dapat dielakkan kerana bahan-bahan mentah yang menghasilkan dedak meningkat antara 50 hingga 70 peratus.
Kenaikan itu berlaku sejak bulan Januari tahun lalu lagi, kata Tan Chee Hee, Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia.
Sebagai contoh, pada bulan Januari 2020, harga jagung bagi setiap tan metrik naik 41.3% daripada RM950 kepada RM1,300 pada bulan Mac tahun ini.
Harga soya juga naik hampir 58% daripada RM1,650 kepada RM2,600 pada tempoh masa yang sama.
Jelasnya, apabila kenaikan bahan-bahan mentah ini berlaku memang sukar untuk penternak-penternak mengekalkan harga ayam kerana ia melibatkan isu aliran tunai.
“Kenaikan 50 hingga 70 peratus adalah satu lonjakan yang besar, sudah tentu sukar bagi bagi penternak untuk terus mengekalkan harga yang lebih rendah.
“Angka-angka kenaikan ini bukan main-main kerana pengguna boleh semak harga pasaran global jagung, kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan dedak ayam.
“Apabila kenaikan ini berlaku, penternak terpaksa menambah modal, mungkin dulu mereka memerlukan RM1 juta tetapi dengan kenaikan ini modal bertambah kepada RM1.5 juta,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Menurutnya, dalam perniagaan ayam, jarang sekali penternak mahu mengaut keuntungan kerana bisnes ini cukup berisiko daripada segi permintaan.
Chee Hee berkata, jika penternak menaikkan harga sewenang-wenangnya, pemborong dan peniaga akan mendapat kesannya apabila permintaan jatuh dengan mendadak.
Oleh itu, katanya, perniagaan ayam memang sukar untuk dimanipulasikan harga seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak.
Dalam pada itu, beliau turut menolak dakwaan berlaku kekurangan bekalan ayam dalam pasaran sebaliknya sekadar mencukupi sahaja dan saiz ayam yang ada pula lebih kecil berbanding sebelum ini.
Sedangkan permintaan mahu saiz ayam yang lebih besar.
Masalah ini berlaku kerana industri penternakan tempatan mengalami masalah kekurangan tenaga buruh yang kritikal.
Katanya, industri tempatan mengeluarkan dua juta ayam sehari sebelum ini tetapi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan jumlah itu susut kepada 1.6 juta sahaja.
Pusingan ternakan ayam pula antara 30 hingga 35 hari.
“Dengan kekurangan tenaga buruh, produktiviti merosot dan pengeluaran ayam juga susut,” ujarnya.
Menurut Chee Hee, industri itu mengalami kesukaran mendapatkan tenaga buruh dalam kalangan warga tempatan walaupun gaji yang ditawarkan lebih tinggi berbanding bekerja asing.
Pekerja tempatan lebih suka bekerja di kilang berbanding di ladang ternakan walaupun ditawarkan gaji antara sehingga RM1,800 sebulan.
“Memang sukar, setakat ini hanya 10% sahaja yang sanggup. Disebabkan ini industri ternakan yang berintensifkan buruh perlu bergantung kepada pekerja asing,” katanya. MG
Harga ayam naik, penternak salahkan harga dedak mahal
Baca Artikel Menarik :
- Netizen Indonesia ‘koyak’ selepas Adidas akui wayang kulit dari Malaysia
- OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran
- PAS kata PN tidak terkesan Ahli PAS Melaka sokong BN
- i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas
- Melampau jika SJKC mahu diinstitusikan?
- Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
- Caprice bernikah dengan ibu tunggal dari Kelantan
- Sanusi terima hadiah dari TMJ/a>
- Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat
- Mufti Pulau Pinang tegur Menteri Besar Kedah
- Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]
Layari Laman Facebook MYKMU