PRN Melaka: Calon bebas yakin beri saingan

MELAKA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan platform untuk merendah-rendahkan calon lain kerana rakyat kini lebih bijak menilai dan membuat keputusan.

Calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Abdul Hamid Mustapah berkata demikian mengulas sentimen bahawa calon Bebas tidak mampu memberi saingan terhadap lawan yang bertanding atas tiket parti politik.

Abdul Hamid berkata, calon-calon Bebas yang bertanding pada PRN ini masing-masing tidak mengharapkan tajaan mana-mana pihak dan tidak mempunyai kepentingan untuk menyebelahi mana-mana parti.



“Calon Bebas pada PRN Melaka bukan seperti calon-calon Bebas dulu yang ditaja oleh sesetengah parti politik hanya untuk mengganggu gugat parti politik yang lain, dan tidak kisah kalah atau menang.

“Kita mahu beritahu dengan masyarakat dan pengund bahawa calon Bebas sekarang lain. Datang atas kerelaan diri kita untuk membela rakyat. Bagi saya, kalah atau menang bukan kuasa saya.

“Orang kata calon Bebas kalau masuk, pasti kalah. Tapi kita jangan lupa, kita masih ada ALLAH SWT. Dia kuasa penentu, niat kita kena betul jadi jangan rendahkan orang lain. Cermin muka dulu sebelum mahu meremehkan orang lain. Ini hak rakyat, biarlah rakyat yang menentukan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Isnin.

Sebelum ini media melaporkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasnoor Husin menganggap persaingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil adalah hanya antara partinya dan calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Adly Zahari, biarpun persaingan rasmi adalah antara empat penjuru.



Selain Abdul Hamid, seorang lagi calon ialah Muhammad Al Afiz Yahya dari Perikatan Nasional (PN).

PRN Melaka: Calon bebas yakin beri saingan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker