Minggu Saham Digital 2021 perkasa literasi kewangan

Minggu Saham Digital 2021 perkasa literasi kewangan

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) terus komited memartabatkan literasi kewangan negara serta memperkasakan rakyat bagi membuat keputusan kewangan lebih baik demi kesejahteraan jangka panjang.

Usaha itu diketengahkan melalui penganjuran Minggu Saham Digital (MSD) 2021 mulai 17 hingga 23 November ini, iaitu selaras dengan rancangan lima tahun Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan.



Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata MSD 2021 adalah adaptasi digital Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) iaitu program Pendidikan Pelaburan Bersepadu utama PNB, yang sebelum ini diadakan setiap tahun sejak dua dekad lalu.

Katanya, cara digital itu adalah sebahagian usaha berterusan PNB untuk mengukuhkan literasi kewangan dan inisiatif pendidikan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Matlamat PNB adalah mencipta nilai dan menjana pulangan mampan jangka panjang bagi pemegang unit seiring dengan komitmen kami meningkatkan standard literasi kewangan dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk membuat keputusan kewangan yang lebih baik demi masa depan mereka.

“Dengan matlamat yang sama seperti MSAM sebelum ini, MSD kekal sebagai program literasi kewangan bersepadu PNB untuk mencapai matlamat ini,” katanya.



Ahmad Zulqarnain berkata, MSD 2021 bertemakan #laburbersama, membawakan pelbagai aktiviti menarik bertujuan mendidik dan meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai perancangan kewangan dalam format hibur didik, sambil berkongsi portfolio syarikat PNB dan operasi perniagaannya.

“MSD 2021 akan berlangsung secara maya selama tujuh hari dengan menampilkan kandungan interaktif, menghibur, berbentuk pendidikan dan menarik bagi mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur untuk #laburbersama dan mencapai ‘financial independence’.

“Versi digital MSAM ini mula diperkenalkan tahun lalu dan kali ini, lebih banyak program berbentuk hibur didik interaktif akan disajikan setiap hari, di antara 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam melalui halaman Facebook rasmi dan saluran YouTube,” katanya.

Beliau berkata, peralihan platform digital MSD itu selaras transformasi digital PNB dan usaha kerajaan bagi menggalakkan ekonomi digital dan mempercepatkan pelan pemulihan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19.



Katanya, walaupun acara itu berlangsung di platform digital, program MSD 2021 yang dijayakan Rakan Premier seperti Kumpulan UMW, Kumpulan Maybank dan Sime Darby Plantation Bhd, tetap menggalakkan pembabitan dan interaksi rakyat daripada semua peringkat umur dan lapisan masyarakat di seluruh negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, berkata Maybank menyediakan pelbagai program menarik, antaranya webinar mengenai asas pelaburan, dalam unit amanah, pelan insurans dan takaful untuk diri sendiri dan orang tersayang.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation, Mohd Helmi Osman Basha berkata: “Saya dan rakan di Sime Darby Plantation teruja untuk kembali bersama PNB dalam acara tahunan ini. Kami akan berkongsi pelbagai transformasi yang kami sudah laksanakan. Pengalaman kami dalam industri minyak sawit serta peluang yang ada untuk rakyat Malaysia.”

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali, berkata UMW amat berbesar hati dan berbangga dengan pembabitannya dalam MSD sejak 2000.



‘Semoga usaha murni PNB akan terus berjaya dalam memupuk rakyat Malaysia supaya lebih celik kewangan dan cekap dalam melabur untuk masa depan lebih cerah,” katanya.

Lebih 70 program hibur didik berasaskan kewangan, pelaburan, keusahawanan dan ekonomi seperti Bijak Finance, Raiz Bersama dan Sembang-Sembang diadakan.

Selain itu, Siri Masterclass MBA bersama pakar khusus bidang, personaliti dan selebriti serta siri Asia School of Business-Iclif MBA Masterclass dengan mengetengahkan penceramah bertaraf dunia, Prof Willem Smith.

MSD2021 menawarkan hadiah untuk peraduan utama, Jom… Kira Duit, iaitu sebuah kereta Hyundai Kona tajaan Sime Darby Berhad, sebuah kereta Toyota Yaris tajaan UMW Holdings Berhad; sebuah kereta Perodua Ativa tajaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dan motosikal Honda Dash 125 tajaan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), serta banyak lagi hadiah bernilai lebih RM500,000.



Peserta juga berpeluang memenangi 2,400 e-baucar melalui cabutan bertuah dan Live Trivia.

Untuk menyertai atau mendapatkan maklumat lanjut serta jadual program, layari laman web https://www.minggusahamdigital.com.my/ atau @minggusahamdigital di Facebook dan saluran YouTube Minggu Saham Digital. BH

Minggu Saham Digital 2021 perkasa literasi kewangan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker