Isteri maut, suami parah motosikal langgar babi

Sebaran :

Isteri maut, suami parah motosikal langgar babi

KUALA PILAH – Seorang wanita maut selepas motosikal jenis Suzuki Smash yang ditunggang bersama suaminya dipercayai telah melanggar seekor babi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum terbabas di Kilometer 2 Jalan Air Mawang – Renggoh di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Norlela Mohamed Sharif, 35, yang merupakan pembonceng maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

“Manakala suaminya, Karim Amrullah Ab. Maid, 40, mengalami kecederaan parah pada kepala dan telah dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Jelas Amran, siasatan awal mendapati penunggang dan pembonceng motosikal itu merupakan pasangan suami isteri.

Amran memberitahu, ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari rumah di Kampung Melekai, Johol menuju ke tempat kerja di kedai makan Kampung Air Mawang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal itu telah melanggar seekor binatang dipercayai babi yang sedang melintas jalan menyebabkan mereka hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di atas jalan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala manakala pembonceng mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya yang memberitahu pasangan suami isteri itu berasal dari Sabah.



Beliau berkata, mayat mangsa telah di bawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Pilah untuk proses bedah siasat dan siasat lanjut masih dijalankan. K Online

Isteri maut, suami parah motosikal langgar babi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro



Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN


Sebaran :

Leave a Reply