Tidak mahu divaksin? Anda perlu bayar kos di ICU

Pesakit COVID-19 yang sengaja tidak mahu mengambil pelalian dan dirawat di unit penjagaan rapi (ICU), mungkin dikenakan bayaran hampir SGD$25,000 tanpa subsidi.

Kementerian Kesihatan Singapura berkata, kos dengan subsidi jauh lebih rendah.

Katanya, jumlah SGD$25,000 anggaran bil hospital bagi mereka yang memerlukan rawatan ICU dan terapi COVID-19.

“Subsidi kerajaan dan perlindungan MediShield Hayat boleh mengurangkan bil sebanyak SGD$2,000 hingga SGD$4,000 bagi warga Singapura yang layak di wad bersubsidi.

Kementerian itu berkata, pesakit COVID-19 boleh menggunakan MediSave untuk membantu membiayai baki jumlah di ICU.

Kerajaan negara itu mengumumkan bermula 8 Disember, mereka yang tidak divaksinasi mesti membayar bil perubatan mereka sendiri, jika dijangkiti COVID-19.

Peraturan itu untuk kumpulan yang boleh mengambil pelalian COVID-19 tetapi memilih untuk tidak mengambilnya. Mereka ialah kumpulan besar pesakit COVID-19 yang dirawat di ICU.

Jika mereka dihantar ke kemudahan rawatan COVID-19, Kementerian Kesihatan berkata, bayaran dijangka kira-kira SGD$4,500 bagi penginapan tujuh hari.

“Bagi warga Singapura, selepas subsidi dan MediShield Hayat, bayaran bersama sekitar SGD$1,000”.

Katanya, bayaran berbeza-beza bergantung pada tahap serius pesakit dan jenis kemudahan COVID-19 untuk mereka.

Antara lain, terdapat juga Kemudahan Pengasingan Masyarakat (CIF).

Buat masa ini, pelancong dan pemegang pas jangka pendek dikenakan bayaran untuk penginapan di CIF.

“Warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang tidak divaksinasi yang tidak ke luar negara dalam tempoh 14 hari, sebelumnya tidak dikenakan bayaran bagi penginapan di CIF,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu divaksin? Anda perlu bayar kos di ICU


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


55 kematian menjadikan korban keseluruhan 29,631

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker