MLM2021: Jadilah juri yang adil – Taici

MLM2021: Jadilah juri yang adil – Taici

“Maruah kami nak campak mana? Kami ibarat orang bodoh dekat atas pentas itu yang tak buat apa-apa ke? Ini tak masuk akal.”

Itu luahananggota kumpulan Taici, Chiwan di Instagram selepas kumpulan itu tidak menerima sebarang HA daripada juri, sekaligus tersingkir daripada pertandingan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021), semalam.

Menerusi hantaran sama, Chiwan juga meminta juri bersikap adil dan tidak memandang kepada populariti peserta semata-mata.

“Cukup-cukuplah memandang populariti. Kami sedar, kami kalah populariti, tapi kami tahu apa itu komedi.

“Jadilah adil dalam menjadi juri. Untuk pertama kali dalam sejarah, tiada HA dalam MLM,” katanya.

Menurut Chiwan, dia dan rakan seperjuangannya dalam kumpulan itu iaitu Ilham dan Tapai sedar bahawa persembahan mereka kurang mantap, namun masih dapat menghiburkan penonton.

“Kami tak kata kami layak untuk dapat HA yang banyak. Sekurang-kurangnya, berilah untuk usaha yang sudah kami berikan. Persembahan kami tak hebat mana malam tadi. Tapi, kami yakin dan dapat dengar gelak tawa orang dalam studio.

“Kami tahu anda semua juri, tapi bila datang, ‘enjoy the show’, bukan buat muka ketat. Kami tertanya-tanya, persembahan kami semua untuk penonton atau untuk juri,” katanya.

MLM 2021 menampilkan juri terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Uqasha Senrose dan Noh Salleh.
HM

MLM2021: Jadilah juri yang adil – Taici


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker